Pages

Saturday, January 8, 2011

Bisul di kaki abah....

    Abah ada kencing manis,darah tinggi dan paling parah abah sudah tidak mampu menguruskan dirinya lagi.Mujur ada adik ku yang belum berkeluarga mahu menjaganya sambil dibantu adik beradik yang lain bilamana mereka ada masa terluang.Mujur juga kami telah dididik supaya sentiasa bersatu dan bersama-sama dikala susah dan senang.Walaupun selalu jugak kami bergaduh tapi sekejap jer, tak sampai setengah jam kami dah boleh ketawa bersama.Itulah kami ,dari kecil hinggalah sekarang.Masing-masing telah ada keluarga sendiri malah sudah ada anak-anak remaja pun,namun kami masih seperti dahulu.... .

    Baru-baru ini ada bisul di betis abah, membengkak dan bernanah.Puas kami pujuk untuk dibawa ke klinik , tapi abah tetap tak mahu.Biar diugut nanti kakinya akan dipotong kalau bisul itu dibiarkan,abah tetap berkeras.Biarlah katanya.Walaupun bacaan gula dalam darah nya tinggi abah tetap nak makan makanan manis kegemarannya.Tentu sekali itu akan memudaratkannya apatah lagi bisul itu kian membesar dan abah mulai merasa sakit.

    Oleh kerana abah tetap berdegil untuk ke hospital maupun ke klinik, akhirnya kami sepakat mengerjakan betis abah.Nah tengoklah apa yang kami lakukan ni....
Nampak ada punat putih di tengah-tengah bisul.kami cuba picit tapi tak keluar.Akhirnya kami gunakan mata pisau cukur nacet untuk toreh di empat penjuru bisul itu...
 Kami sedang membuang nanah.dan berlagak macam tak rasa apa-apa ketika melakukannya.Padahal tuhan saja yang tahu perasaan kami waktu tu. 
Seterusnya kami membersihkan luka dengan menggunakan air pencuci luka.
 Dalam besen tu air yang kami jirus bercampur dengan darah.Tengok tu takder torch light lampu di handset kami menafaatkan...he3....Proses terakhir tentu lah membalutnya dengan bandage.
 Selesai,ni lah sampah sarapnya....
    Dua atau tiga kali sehari kami membersihkan luka abah dan meletakkan madu sebelum membalutnya.Alhamdulillah kini kaki abah beransur pulih.

24 comments:

  1. warghh sakit oo...semoga baik2 blaka naa...

    ReplyDelete
  2. isk,seriau la plk...tp bgus la...berkerjasama dlm keluarga...

    ReplyDelete
  3. Alhmdulillah Nub.semuanya dah ok.tk

    Buat Ijat - mmg la rasa semacam je mulanya tp nak bt cmna dah trpksa ,kami nekad jer lah.

    ReplyDelete
  4. sakit nye..smoga ayh awk semakin sihat..bertuah ada ank macam awk..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.luka tu dah sembuh sekarang.tak sia2 usaha kami ...

    ReplyDelete
  6. Tak rugi berbakti pada ayah ibu,terlalu besar ganjaran menanti.Moga ayah anda sihat dan sentiasa dilindungi.Amin.

    ReplyDelete
  7. ngerinya tgk bisul 2..
    hopefully ur father cepat sembuh,.
    :)

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan...
    i follow u, u follow me :)

    ReplyDelete
  9. Aminnn...terima kasih MF.

    buat ieMa:
    Alhamdulillah ieMa , luka bisul abah dah sembuh sepenuhnya..terima kasih.

    Aswadi ,salam perkenalan juga.

    ReplyDelete
  10. cam pedih je namapaknya, sabar lah yea jaga abah awak :) Insyaallah, panjang umur dia dan mudah-mudahan dia sembuh dari penyakit nya :)

    ReplyDelete
  11. Aminn..terima kasih hani.Sesungguhnya kita cuma ada seorg ayah dan seorg ibu.Kalau nanti mereka tiada pasti kita akan merindui mereka kan...

    ReplyDelete
  12. torchlight guna hempon tu yang tak leh tahan nak tengok..hehehe..

    ape pun saya doakan semoga kaki abah kak ain cepat sembuh..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah adik bradik cik ain smue bersatu hati...Smoge pengorbanan cik ain adik beradik itu mendapat balasan yg baik dr Allah..

    ReplyDelete
  14. Bertuah ayah punya anak2 spt Ain & adik beradik. Awas dgn kencing manis, ibu saya baru meninggal 3 hari lepas krn kencing manis...

    ReplyDelete
  15. Bertuah ayah punya anak2 spt Ain & adik beradik. Awas dgn kencing manis, ibu saya baru meninggal 3 hari lepas krn kencing manis...

    ReplyDelete
  16. terima kasih cik siti dan JR serta pipoq atas ingatan dan doa ikhlas anda semua.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. sejuk hati ibu dan ayah miliki anak2 yang bersatu hati..ttg ayah yg tak mau pergi hospital mmg lumrah org tua..mak mertua saya pun sanggup berubat sendiri dr pegi hospital hehe. apapun semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete

  19. Oke thank you pack the info is very helpful for us, success is always...
    kain tenun ..

    ReplyDelete