Pages

Tuesday, March 29, 2011

Ego nya lelaki

benci!  benci!!   benci!!!

sakit nya hati aku ni

kenapa dia terlalu egois

kenapa dia tak boleh terima kelemahan diri sendiri

kenapa dia tak boleh terima hakikat dan kenyataan

kenapa mesti selalu nak salahkan orang lain

kenapa dia selalu buruk sangka pada orang sekeliling

kenapa dia selalu merasa dirinya betul 

kenapa dia nak selalu menang dan cuba nak tegakkan benang yang basah

dia memang sakit jiwa

aku pun sakit jiwa kerananya

benci sungguh aku benci dan sakit hati
tapi terpaksa juga aku hadapi

Friday, March 25, 2011

TURUTAN HARI KIAMAT

As salam... kredit to syok.org.. moga kita semua bersedia dengan kedatangan hari kiamat yang kian menjelang.. lepas baca share la sesama kita..

saat-saat berlakunya kiamat

Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat.


1. Munculnya Imam Mahdi


Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.


2. Munculnya Al-Masih Dajjal


Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.


3. Turunnya Isa bin Maryam


Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.


4. Keluarnya Yakjuj & Makjuj


Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.


5. Matahari Terbit dari Barat


Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.


6. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi


Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi mereka.


7. Dunia diliputi Kabut


Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman“. (Al Dukhan: 10-12)


8. Angin yang Mematikan, diangkat Al-Quran & Perkara Baik


Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.


9. Hancurnya Kaabah


Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.


10. Api yang Menghalau Manusia


Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi.


11. Ditiupkan Sangkakala dan Berakhirnya Umur Dunia


Sangkakala pertama: Mengejutkan dan Mematikan

Sangkakala kedua: Membangkitkan


wassalam..


Read more: http://barlisuam-87.blogspot.com/2011/03/turutan-hari-kiamat.html#ixzz1Hde6tBdh

Wednesday, March 23, 2011

JEMPUTAN KAWIN

     Sepanjang cuti sekolah baru-baru ni boleh dikatakan hari-hari kami sekeluarga ke tempat kenduri kawin.Sampaikan dapur rumah ku pun turut bercuti sama.Mana tidaknya kalau dalam sehari , dua tiga buah rumah yang kena kami kunjungi.Agak letih la jugak maklum jarak antara rumah-rumah jemputan tu agak jauh.Cuaca pulak tak menentu.Walau sekadar minum sirap di sebabkan perut dah kenyang kami tetap pergi demi meraikan tuan rumah yang menjemput.

     Melihatkan seri pengantin baru yang penuh dengan senyuman kebahagiaan terdetik di hati alangkah beruntungnya si isteri jikalau lelaki yang menjadi suami itu seorang yang taat pada Allah,selalu menjaga hubungan dengan isteri ,lemah lembut dan sopan bila berkata-kata.
.
     Wanita selalu mengimpikan seorang lelaki yang baik,yang dapat membimbing dan memimpin serta menyayangi mereka seadanya.Mereka akan merasa dihargai , apabila pandangan dan pendapat mereka didengari suami , apabila ada apa-apa yang berbangkit ketika melayari alam rumahtangga.Sifat tanggung-jawab dan kasih sayang yang dicurahkan suami akan membuatkan mereka merasa aman ,selamat dan dilindungi.

     Bagaimanapun ,sifat toleransi perlu ada pada para suami dan isteri.Saling mempercayai dan tidak cemburu buta amat penting selain masing-masing tahu tanggung-jawab yang perlu dijalankan disepanjang usia perkahwinan mereka.

Wednesday, March 16, 2011

Ingin di review pulak nih...



     Assalamualaikum Pn Bee.Mamayung dah letak banner di atas dan di tepi.Nak sangat baca komen Bee tentang blog mamayung nih.memang banyak kelemahannya tapi mamayung rela kan apa sajer yang Bee tulis asalkan ikhlas nak tolong yup... .Tak sabar ni menunggu he3...

Tuesday, March 15, 2011

Telur direbus guna air kencing


     Ada sesiapa yang sanggup makan telur yang direbus dalam air kencing???  .Iiiish ...tak rela hamba tau.

    Tapi itulah resepi traditional ribuan tahun dahulu yang mahu diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang chef sebuah kedai di wilayah Zhejiang,timur China.

    Menurutnya telur yang direbus dalam air kencing sangat sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam,meningkatkan konsentrasi dan mampu menghilangkan rasa mengantuk!?.....

    Dan untuk mendapatkan stok air kencing pula,beliau telah menyediakan satu tong untuk di kencing oleh murid-murid lelaki berusia 10 tahun dan beliau akan mengambilnya setiap hari bagi merebus telur-telur untuk dijual.

Apa pendapat anda ,betul ker air kencing ada khasiat seperti yang dikatakan......... .




Saturday, March 12, 2011

Gempar: Jepun Digegar Gempa Kuat,Tsunami Badai Pantai Timur

Kereta dihanyutkan dan beberapa bangunan runtuh
Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
NONETerdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.
Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.
NONEGempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Berikut ringkasan perkembangan itu:
Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.
Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.
NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.
Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.
Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.
NONEMenurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.
Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.
Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah

mKini- Reuters 
 

Saturday, March 5, 2011

Tukar nickname

Assalamualaikum wrh.........

     Dah agak lama takder entri baru kan.Ntah la sekarang ni penyakit malas tu menjadi-jadi pulak dah.Bukan tak buka blog tapi aku lebih suka singgah kat mana-mana blog yang menarik perhatian ku, lalu berjam jugak lah di sana membaca dan terus membaca.

     BW pun aku buat sambil lalu jer.Yer la tak kuasa rasanya nak mengejar trafic biar lah.... kalau ada yang sudi bertandang aku ucapkan ribuan terima kasih dan akan ku cuba membalas kunjungan semuanya... .

     Satu perkara lagi yang aku nak bagitau teman-teman ialah bermula malam ni aku akan ubah lagi nama manja di shout box tu tau.Bukan apa pun cuma sepanjang BW ,aku terjumpa agak ramai jugaklah yang guna nama ain atau cik ain (makcik ain maksudnya) nih, jadi sekarang dengan rasminya aku tukarkan cik ain kepada mamayung iaitu panggilan anak-anak buah ku di rumah.

    Camna ok tak..tak kesah lah kan ...