Friday, August 27, 2010

Lagi Sambungan Rindu Seorang Ayah (AKHIR)

          Hai.... nampaknya dah macam cerpen cerita aku ni asyik bersambung aje.Tapi ini kan kisah benar.Aku mahu sekiranya orang-orang berkenaan jika ada terbaca mereka akan cuba bersikap jujur demi kebaikan bersama.Dan aku harap mereka tidak marahkan aku kerana menulis di sini.
           Berbalik pada cerita tadi,selepas bertahun ,si anak telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri.Walaupun tak begitu rapat dengan adik-beradik namun setiap tahun pabila raya,beliau datang bertandang kerumah orang tua itu.Di waktu yang singkat itu lah dia bermesra dengan adik-adik dan ayahnya iaitu orang tua itu.Pada awal 90an,orangtua itu telah memohon pencen awal dan berhijrah ke Kuantan demi merialisasikan impiannya untuk berniaga.Dan beliau telah berjaya dalam perniagaannya dari sebuah kedai kecil beliau telah berjaya bersaing dengan peniaga-peniaga India yang berderet di bandar Kuantan.Ketika ini hubungan dengan anak lelaki nya agak baik.Dan dia juga agak rapat dengan 2 orang kakaknya.(tentulah berlainan ibu).Dan merekalah yang selalu mengirimkan duit belanja apabila di minta.
           Masa terus berjalan mengiringi langkah-langkah orang tua itu dan anak lelakinya.Kini beliau telah berjaya menggenggam kerjaya yang baik yang menjadikannya terkenal di seluruh Malaysia.Kalau aku sebutkan namanya pasti semua orang kenal waima budak-budak sekalipun.Tapi biarlah tak ada faedahnya.
            Ketika anaknya sedang meniti kejayaan demi kejayaan, orang tua itu pula bergelut dengan masaalah dalam perniagaanya.Akhirnya beliau telah kalah,kedainya terpaksa di tutup mujurlah masih ada kontrak-kontrak penghantaran kain samping ke sekolah-sekolah dan wang pencen sewaktu bekerja dahulu.
Dan semenjak kejatuhannya itu lah,anak lelakinya yang terkenal itu mula menjauhkan diri.Hubungan mereka boleh dikatakan terputus terus.
            Setiap kali anak lelaki nya muncul di kaca TV,matanya berkaca menahan sedih dan rindu.Namun orang tua itu tak pernah berkata apa-apa,dia tahu mungkin anak itu malu kerana dia sekarang cuma orang tua biasa.Anak-anak yang lain pun tak pernah berkata apa-apa.mereka hanya membiarkanya dan sekadar menunggu kalau-kalau anak lelaki itu menghubungi dan bertanya kabar.
            Pada bulan Feb,2007 malang sekali lagi menimpa lelaki tua itu.Selepas solat subuh,beliau telah terjatuh dan sejak itu beliau menjadi orang kurang upaya.Beliau tak boleh bergerak dan tak boleh bercakap disebabkan ada berlaku kerosakan saraf mengikut kata doktor.Salah seorang anak perempuannya telah menghubungi anak lelaki itu.Kedatangan beliau dengan berseluar pendek,bertopi serta memakai gelang dan rantai amat mengejutkan adik-beradik lain yang turut hadir menjaga orang tua itu.Lagaknya yang seperti pelancung asing dari Jepun itu telah di tegur oleh kakaknya.Namun yang amat dikesalkan adalah jawapan yang keluar dari mulut beliau,"...... takde hati langsung malah tak nak datang pun tapi mak yang paksa ...... datang.".Bayangkan apa perasaan orang tua itu!?..... .Semua orang terdiam,sungguh tak punya hati dan perasaan dan tak mengenang budi.Walaupun tidak serumah semasa kecil tapi perbelanjaanya ditanggung dan pelajaran nya di pantau sewaktu bersekolah rendah dulu sehinggakan kakak perempuan yang lahir sama tahun dengannya terasa diabaikan ayah sendiri.Sebelum berjaya seperti sekarang siapakah yang menghulurkan duit apabila di minta.
           Tak kesah lah bukan mahu mengungkit tetapi ketika di hospital, itulah kali terakhir dia melihat keadaan orang tua itu.Sehingga sekarang,sudah hampir 3 tahun orang tua itu uzur tidak pernah sekalipun dia bertanya kabar apatah lagi untuk datang menjenguk.Terkadang ada saudara-mara yang celupar bertanya tentang anak nya yang glamor itu namun dia hanya melontarkan pandangan yang amat sayu dengan mata yang berkaca menahan pilu.Kini orang tua itu bertambah uzur telah banyak wang dan tenaga di gunakan untuk mengubatnya,dengan umurnya yang menjangkau 80an tentu sekali sukar untuk beliau pulih namun selagi ada hayat nya,anak-anak yang lain tetap berusaha dan berikhtiar dengan sedikit harapan agar orangtua itu boleh bangun dan bergerak sendiri walaupun perlahan.
            Aku pernah bertanya anak lelaki itu andai ayah nya pergi untuk selamanya mahukah dia datang menziarah.Jawaban nya sungguh tidak aku duga."kalau ada orang bagitau TERPAKSA lah ..... pergi."Masyallah.... apa lagi yang nak diharapkan???..........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...