Saturday, January 8, 2011

Bisul di kaki abah....

    Abah ada kencing manis,darah tinggi dan paling parah abah sudah tidak mampu menguruskan dirinya lagi.Mujur ada adik ku yang belum berkeluarga mahu menjaganya sambil dibantu adik beradik yang lain bilamana mereka ada masa terluang.Mujur juga kami telah dididik supaya sentiasa bersatu dan bersama-sama dikala susah dan senang.Walaupun selalu jugak kami bergaduh tapi sekejap jer, tak sampai setengah jam kami dah boleh ketawa bersama.Itulah kami ,dari kecil hinggalah sekarang.Masing-masing telah ada keluarga sendiri malah sudah ada anak-anak remaja pun,namun kami masih seperti dahulu.... .

    Baru-baru ini ada bisul di betis abah, membengkak dan bernanah.Puas kami pujuk untuk dibawa ke klinik , tapi abah tetap tak mahu.Biar diugut nanti kakinya akan dipotong kalau bisul itu dibiarkan,abah tetap berkeras.Biarlah katanya.Walaupun bacaan gula dalam darah nya tinggi abah tetap nak makan makanan manis kegemarannya.Tentu sekali itu akan memudaratkannya apatah lagi bisul itu kian membesar dan abah mulai merasa sakit.

    Oleh kerana abah tetap berdegil untuk ke hospital maupun ke klinik, akhirnya kami sepakat mengerjakan betis abah.Nah tengoklah apa yang kami lakukan ni....
Nampak ada punat putih di tengah-tengah bisul.kami cuba picit tapi tak keluar.Akhirnya kami gunakan mata pisau cukur nacet untuk toreh di empat penjuru bisul itu...
 Kami sedang membuang nanah.dan berlagak macam tak rasa apa-apa ketika melakukannya.Padahal tuhan saja yang tahu perasaan kami waktu tu. 
Seterusnya kami membersihkan luka dengan menggunakan air pencuci luka.
 Dalam besen tu air yang kami jirus bercampur dengan darah.Tengok tu takder torch light lampu di handset kami menafaatkan...he3....Proses terakhir tentu lah membalutnya dengan bandage.
 Selesai,ni lah sampah sarapnya....
    Dua atau tiga kali sehari kami membersihkan luka abah dan meletakkan madu sebelum membalutnya.Alhamdulillah kini kaki abah beransur pulih.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...