Tuesday, April 12, 2011

PATUTKAH DINAFIKAN HAK SEORANG IBU

     Assalamualaikum pada sesiapa yang sudi membaca coretan mamayung kali ini.Sudah agak lama jugak yer mama tak buat entri baru.Itu la seminggu dua ni agak sibuk sikit selain dari malas dan hilang idea...Baru-baru ni mamayung ada pergi kenduri kawin saudara kat kampung.Kesiannya mamayung tengok.Pengantin perempuan tu cantik sangat.Ibunya dah meninggal tapi ayahnya masih ada untuk menjadi wali.Semuga hidupnya diwarnai cahaya kebahagian sentiasa dan nasib malang ibunya tidak akan berulang.Amin........

     Secara rengkas nya begini,ibu kepada pengantin ni merupakan anak angkat kepada ibu saudaranya sendiri iaitu kakak kepada ibu kandungnya yang tidak mempunyai anak.Suaminya yang tak bertanggung-jawab ketika itu telah menyerahkan anak itu tanpa kerelaan isterinya.Waktu itu mereka masih muda lagi.Identiti anak itu di surat kelahiran telah di tukar seolah-olah ibu angkat itu lah ibu kandungnya.Hinggalah tiba waktu pernikahan baru lah anak itu tahu orang yang dipanggil Uteh itu ibu kandung yang melahirkannya.

     Walaupun begitu ibu angkatnya iaitu kakak ibu sebenarnya tidak mengizinkan dia rapat dengan ibunya.Bertahun-tahun dia memendam rasa hinggalah pada suatu hari dengan deraian airmata dia bertanya ibunya hal yang sebenar.Katanya sudah lama dia ingin menukar panggilan Uteh itu kepada Emak tapi ibu angkatnya bukan sebarang orang.Dia takut.Dan semenjak itu setiap kali berjumpa tanpa pengetahuan ibu angkat nya dia akan memanggil emak.

     Selama hidup dia telah berkahwin sebanyak tiga kali namun nasib nya tidak begitu baik.Sungguh tak disangka-sangka suaminya yang kelihatan baik dan sopan itu rupanya kaki pukul.Dia tak pernah mengadu pada sesiapa,tapi pada suatu hari neneknya telah ternampak kesan luka dan lebam-lebam di seluruh badannya.Akibatnya berlaku lah perceraian.Hidupnya terumbang -ambing seketika mujurlah suami ibu kandungnya yang kasihan membantunya menyelesaikan segala masaalah berbangkit.

     Ibu angkatnya sangat berang apabila terdengar dia memanggil ayah kepada lelaki itu.Untuk menyelamatkan keadaan ayah tiri dan ibu kandungnya mengalah dengan merenggangkan sedikit hubungan.Tak lama kemudian dia bertemu jodoh sekali lagi.Rupanya nasib dia masih sama malah lebih teruk.Dia terpaksa melarikan diri bersama bayinya iaitu pengantin tadi ,bersembunyi di dalam semak demi menyelamatkan anaknya dari di jual lelaki itu.Hidupnya selalu dirundung malang yang tak berkesudahan.Tapi dia seorang yang tabah dan cekal.

     Selepas sah bercerai dia membuat bermacam kerja bagi menyara hidup bersama anaknya yang masih kecil.Akhirnya dia berkahwin sekali lagi dengan seorang lelaki yang baik hati yang sanggup menerima dia dan anaknya seadanya.Beberapa tahun kemudian dia terlantar kerana sakit buah pinggang.Hidupnya terus menderita disebabkan penyakit itu.Dan selama itu lah hospital menjadi rumah keduanya.Mujur ada suami yang setia menunggu dan adik-adik seibu nya yang sering datang menjenguh
.
     Apa yang mengharukan ketika di akhir hayatnya,beliau telah dibawa dengan ambulan ke hospital berdekatan tempat tinggal ibu kandungnya.Allah itu maha kaya,walau ketika sihat dia tidak berkesempatan bersama ibunya namun di sepanjang malam terakhirnya  hanya anak,adik-adik seibu dan ibu kandungnya di sisi mengiringinya pergi dengan bacaan surah Yasin.Namun ibu angkatnya masih begitu juga,walau sudah menjadi jenazah ketika di rumahnya ibu kandung hanya dapat melihat sama seperti orang lain yang datang menziarah.....

     Di kuburan , ibu dan beberapa orang yang tahu perkara sebenar sangat terharu kerana apabila talkin dibacakan arwah dibintikan dengan namanya bukan nama ibu angkat anaknya.

14 comments:

blog-tips-kurus said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Anonymous said...

hak ibu tak patut dinafikan....
entry nie menginsafkan saya....
moga orhnya dicucuri rahmat...Amin...

Idah said...

syahdunya baca en3 ni..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aminnn.

mamayung said...

BTK;Amin!..sama2 mendoakan....

Nurul:yer nurul sb itulah Islam melarang anak angkat ber bin atau bintikan nama ayah angkat.

Idah:Amin!..idah semuga kesah ini tidak akn berlaku pada orang lain..

anumuchan said...

Salam.ziarah sini..:)
Sudi2 ziarah blog saya eh^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/
(^____^)

Mr iz said...

syahdu kisah ni... saya sebagai anak angkat turut bersimpati dengan arwah walapun ujian saya tak sepertinya... moga ia di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman... amin

megat isa said...

tersentuh.... dunia..

faqrul said...

islam melarang umatnya menukar nama bapa kerana ingin menjaga nasab keturunan. selain itu, islam menyuruh kita menghormati ibubapa. pernah kita dengar, walaupun anak memeluk islam tapi masih wajib bagi anak menghormati ibubapa yang bukan islam. allahualam..

mamayung said...

sesungguhnya hukum Islam amat lengkap dn sempurna.sekiranya dipatuhi tentu tidak akan timbul sebarang masaalah di belakang hari.Namun manusia tetap manusia yg tidak mahu atau sengaja ingkar demi kepuasan diri sndiri...

Cahaya Khaseh said...

lbh kurang sma ngn citer sy..sy jugak dibela org maksedara coz beliau xde ank ppuan tp sy xpernah disembunyikn hal sebenar..dr kecik lg sy dh knl sape mak n ayah kandung sy..

ADEEYA said...

Seems like I know who is it kan mama? Hmm semoga roh nya dicucuri rahmat.

mamayung said...

of course dear.....

athirahzaki said...

sedihnya
sampai hati saudara sndiri buat mcm tu
smoge rohnya dicucuri rhmat

_be yourself_ said...

subhanaallah , complicated sungguh hidup dia , tk sangka ada orang sanggup buat macam ni .
im returning your visit , thanks for visiting my blog . done following you :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...