Wednesday, February 16, 2011

Letih dan Lesu?....

    A-salam semua teman yang sudi berkunjung.Sekali sekala nak ubah topik ok jugak kan.Ni pasal wajah lesu dan tidak bermaya.Yer lah kalau setiap hari sepanjang minggu bekerja sementara mereka-mereka yang masih belajar pulak asyik mengadap buku atau skrin laptop jer tentu la penat kan.Wajah akan nampak letih dan tidak berseri dan tentu sekali ianya akan menjejaskan penampilan .....Bagi meredakan kepenatan di wajah cuba amalkan tip-tip ini :-

1. Ambil semangkok air suam-suam kuku dan tepuk-tepukkan pada wajah secara perlahan.Setelah itu sapukan pelembab yang telah didinginkan dalam peti sejuk.Lakukan urutan ringan di sekitar wajah bagi melancarkan peredaran darah.Anda juga boleh menggunakan produk-produk yang mengandungi teh hijau dan madu untuk membantu menyegarkan,mendinginkan dan menegangkan kulit.


2. Gunakan bahagian cembung senduk yang telah disejukkan dalam peti sejuk dan lekapkan pada mata beberapa minit.Selain itu hirisan timun dan tea bag yang telah disejukkan juga boleh membantu menyegarkan
 bahagian mata yang letih atau penat.

3.Kepenatan juga akan menyebabkan kita rasa mengantuk.Untuk mengatasi masaalah ini , cuba basahkan tuala kecil dengan air batu,perahkan airnya dan lekapkan pada wajah.Selepas melakukan ini rasa mengantuk akan hilang dan anda akan kembali segar untuk melakukan pekerjaan anda.





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...