Monday, February 14, 2011

Ayah Zaman Sekarang


    Lelaki yang bergelar ayah bertanggung-jawab ke pada anak isteri sekarang.Bengang betul dengan lelaki-lelaki yang ada anak sekarang ni.Bila berkahwin sibuk nakkan zuriat,Bila isteri mengandung dia lah yang paling gembira kalau boleh satu dunia dia nak bagitau ... .

    Tapi bila sampai bab mendidik anak hangat-hangat tahi ayam jer.Akhirnya semua terserah di bahu isteri..Tak kiralah isteri tu berkerjaya ataupun surirumah jer.Paling sakit hati kalau anak bermasaalah mereka akan tanya kita balik "macam mana awak menjaga anak?".Sebab itulah ramai remaja sekarang tak kira lelaki ke perempuan ke tak tentu hala tujuan hidup mereka.

    Ayah zaman sekarang selain sibuk bekerja masa mereka juga penuh dengan aktiviti lain seperti melepak dengan kawan-kawan,memancing (bukan ikan sungai jer ikan di darat pun).Dan kalau di rumah berkurung dalam bilik buat tahi mata.Anak tak boleh bising dan kalau nak mintak apa-apa tanya ibu.Semuanya ibu.

    Paling teruk suri rumah.Semua hal dia kena fikir.Sebab dia tak bekerja jadi semuanya terbeban di bahu mereka.Para ayah cuma nak tahu makan pakai siap.rumah bersih dan anak-anak ke sekolah.Kalau anak mereka bermasaalah di sekolah ibu jugak yang terpaksa pergi mengadap muka cikgu-cikgu tu.

    Bila isteri ingin berkongsi alias mengadu bagi meringankan beban ,mereka akan ditengking atau diherdik tak pandai jaga anak bla...bla... .Paling tidak pun mereka buat-buat tak dengar atau membatukan diri.Alasannya banyak lagi perkara lain yang mereka kena fikir.

    Anak remaja sekarang ni pun pandai.Tika ayah di rumah punya lah baik bersopan tapi saat ayah keluar tak sampai 10 minit dia pun keluar.Sebelum ayah balik dia dah tercongok dalam rumah ataupun tidur di bilik.Ayah pun bukan main percayakan anak sanggup marah isteri kalau isteri bercerita tentang tingkah laku anak-anak...

    Bila perangai anak dah tak terkawal mula lah bising membebel macam-macam dan mula la nak pukul anak.Bila anak melawan terus halau.Anak tak guna memalukan nya lebih baik tak ada anak dan macam-macam benda buruk yang keluar dari mulutnya.Akhirnya ibu jugak yang ke sana sini,mencari anak bimbang kalau-kalau anak akan jadi lebih liar....
 
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...