Friday, August 6, 2010

petua dan amalan orang dulu

        Terima kasih dan selamat berkenalan pada sesiapa yang sudi bertandang ke blog ku yng tak seperti nya ini.Aku katakan begini kerana aku tau aku ini taklah berbakat di bidang penulisan malah aku sendiri
masih tercari-cari apa yang nak aku tuliskan di sini.
        Petua dan amalan kecantikan...... .Memang la semua orang mendambakan kecantikan dan ketampanan.
Disebabkan itulah makanya syarikat-syarikat pengeluar produk kecantikan tumbuh bagai cendawan di musim
hujan.Masing-masing mendakwa produk mereka adalah yang terbaik yang dapat merubah wajah dan bentuk badan menjadi lebih cantik dan menawan.
        Namun aku di sini bukan lah mau membicarakan tentang betapa hebatnya produk itu dan ini.Justeru aku sendiri bukan lah orang yang fanatik dngn kecantikan lahiriah semata-mata.Percaya kah anda semua bila aku katakan aku tak pernah bersolek berjam-jam didepan cermin?.. Bagaimana mungkin sedangkan aku langsung tidak tau cara untuk memakai celak,foundation,mascara,blusher apatah lagi eyeshadow.Bukan tak boleh belajar,ada yang mau tunjukkan cara tapi aku takut kulit muka ku rosak.aku malu bila kelopak mata di letakkan warna dan aku tak selesa memakai bedak dan foundation berlapis-lapis di muka.Aku lemas bila melihat muka teman-teman yang aku nampak bagai memakai topeng di wajah mereka.Aku lebih suka pada kecantikan asli dan kalau bersolek pun tidak keterlaluan.Kata orang sesedap mata memandang.
         Se umur hidup ku hanya sekali aku disolekkan.Semestinya anda semua dapat mengagak kan... .Ialahhh di hari bahagia ku hari di mana aku di satukan dengan suami ku yang tersayang.Itulah kali pertama dan terakhir aku berdandan dan di dandan hinggakan semua orang nampak semacam terpegun ha...ha...ha... perasan la pulaklah aku ni...... .Jangan marahhh...
         Ermmm....apa ya...bagaimana nak mulakan nya.sungguh aku tak tau.Tapi aku ingin berkongsi apa yang aku tau dengan semua yang sudi menjenguh di sini.Walau mungkin semua orang sudah sedia maklum dengan apa yang akan aku persembahkan namun aku percaya masih ada yang kurang atau tidak tahu lantaran di zaman yang serba canggih ini,macam-macam ubatan dan  rawatan yang terbentang di hadapan mata,asalkan ada wang semua boleh kan...kan...kan.... .

Sering juga aku terfikir bagaimana agaknya dengan mereka-mereka yang hidupnya dalam serba kekurangan.Dengan pendapatan yang kadang cukup kadang tidak apakah yang mereka lakukan demi kesihatan diri sendiri....

             dihari bahagiaku moga kekal selamanya
                                                                   
~~~PANAU~~~BUNCIT~~~SEMBAB   

         Aku masih ingat lagi ketika pulang dari sekolah dek rasa panas yang membahang maklum berbasikal dari sekolah sejauh 4km tentu la panas dan berpeluh kan.Laju je aku ke bilik air.Ibu berleter sakan,"tak sayang ke muka tuu....lain kali biarkan badan sejuk dulu kemudian mandi jangan dibasuh muka tu nanti naik panau".Aku cuma diam,dalam hati geram bukan main.sudah la letih,panas dan dahaga kena leter lagi.Begitu juga ketika makan kena lagi......
       "Orang perempuan kalau makan jangan bersulam dengan air tak elok....nanti perut tu jadi buncit".Itulah ibu ku.Semua perbuatan aku ada je yang tak kena di mata dia.Masa tu aku bengang sangat.Semuanya tak boleh.Asyik kena leter je.Mungkin dia penat agaknya.Yelah dengan kerenah adik-adik ku yang ramai dan lasak tu mestila dia tension habis kan.
        Ada masanya aku tertidur waktu tengah hari agak lama selepas balik sekolah.Mesti la kan letih kayuh basikal dalam cuaca panas.Itu punnn.... jadi kemarahan ibu.Macam la dia tak faham keadaan aku waktu itu.Bukan sengaja pun nak tidur lama-lama.Biasa lah kalau badan letih kan... .Tapi ibu terus membebel sampai bingit telinga ku.Tak boleh ke ibu cakap pelan-pelan macam mak orang lain tu.Ibu kata aku degil tak makan nasihat nanti dan besar baru nak menyesal.Masa tu memang la mana aku terfikir apa yang ibu maksudkan.
         "Orang yang amal tidur di siang hari muka tu nanti tak berseri,sembab semacam".kata ibu.Betul pun bila aku mengadap cermin aku lihat muka dan mata ku bengkak nampak macam tak sudah je.... .Nak ke kedai pun rasa malu.Apa tidak nya dah lepas mandi dan berbedak pun muka masih tak ok hu...hu...hu.... .

3 comments:

awEEN said...

orang dulu2 mmg banyak pantang larang..sebab tu badan dorang cantik2 kan mamayung =)

mamayung said...

Ha ah Aween, betul tu bukan cantik ajer badan pun kena sihat tau.Jaga rupa dan jaga kesihatan baru boleh awet muda.Kalau cantik tapi muka murung dan badan selalu tak sihat pasti hilang keserian nya betul tak?.....

natural crystal x said...

wah masih jadul percaya tahayul, tapi petuah jaman dulu emang keren perbedaan kista dan miom and infeksi pada miss V or tips Miss V sehat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...