Thursday, August 12, 2010

Keutamaan Bulan Ramadan

          Selamat mengerjakan ibadat puasa pada semua umat Islam dimana jua berada.Di sini aku ingin berkongsi sedikit dari apa yang telah aku baca dari sebuah buku lama.Sebagaimana
diketahui,Ramadan adalah bulan mulia yang penuh keberkatan dan keutamaan di mana antaranya adalah :-

1. Sesiapa yang ikhlas berpuasa kerana iman dan semata-mata kerana perintah Allah maka akan diampuni Tuhan dosa lalunya.Dari Abu Hurairah (RA)dari Nabi(SAW) berkata ia:"Barangsiapa memuasakan bulan Ramadan dengan keimanan dan dengan perhitungan (ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah) diampuni segala dosanya yang terdahulu".

2.Turunnya Al-Quran.-Allah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialh bulan Ramadan yang padanya turun Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan2 yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.(Al-Baqarah:185).Dari Wasilah bin Asqak(RA): Bahawasanya Rasulullah(SAW) telah bersabda: Diturunkan Syuhuf Ibrahim di awal bulan Ramadan,diturunkan setelah lewat 13 bulanRamadan,sedang Allah menurunkan Al-Quran,setelah lewat tanggal 24 bulan Ramadan.

3.Terbukanya pintu2 syurga dan terkuncilah pintu2 neraka sedangkan syaitan dan iblis di belenggu.Dari Hurairah (RA) bahasanya Rasulullah(SAW)berkata,"Bila telah datang bulan Ramadan,terbukalah pintu-pintu syurga,dan terkuncilah pintu neraka dan terbelenggulah para syaitan.

4.Puasa Ramadan itu diistimewakan oleh Tuhan untuk diriNya sendiri dan Dialah yang akan menentukan ganjarannya.Dari Abu Hurairah(RA) brekata ia:Tlah bersabda Rasulullah(SAW):"Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan pahalanya antara 10 sampai 700 kali,telah berfirman Allah 'Azza Wajalla,kecuali puasa,kerana sesungguhnya puasa itu untuk Ku dan Akulah yang akan membalasnya,ditinggalkan keinginan hawa nafsunya dan makanannya kerana Aku semata-mata."

5.Didalam bulan Ramadan itu terdapat nya malam LailatulQadar iaitu malam yang yang tiada bandingnya.

6.Bahawa bagi orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadan telah disediakan tempat oleh Allah di dalam syurga.Suatu tempat yang istimewa,pintunya bernama 'Rayyan',tak dapat masuk ketempat itu kecuali orang yang berpuasa.

*selok-belok puasa-Ibnu Idris

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...