Sunday, August 15, 2010

Puasa dibulan Ramadan dan kelebihannya

           Seperti yang kita semua tahu puasa dari segi bahasa ialah menahan diri,menyekat atau berhenti dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.Dan dari segi syara' pula ianya bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti merokok misalnya.Ianya dilakukan dengan niat mengabdikan diri kepada Allah semata-mata bermula dari terbit fajar hinggalah masuk matahari.

Tahukah anda bila puasa di fardukan?
       
            Puasa mula difardukan Allah S.W.T. pada hari Isnin dalam bulan Ramadan iaitu pada
tahun kedua hijrah ,ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W.,sebagaimana yang pernah diwajibkan keatas umat-umat terdahulu.Sebagaimana firman Allah S.W.T., mafhumnya :

         "wahai orang-orang yang beriman,    
  telah diwajibkan keatas mu puasa sebagaimana
   ia pernah diwajibkan keatas
  umat-umat yang sebelum kamu,moga-moga
       kamu beroleh takwa."
     (al-Baqarah:183-184)
           

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...