Wednesday, February 16, 2011

Letih dan Lesu?....

    A-salam semua teman yang sudi berkunjung.Sekali sekala nak ubah topik ok jugak kan.Ni pasal wajah lesu dan tidak bermaya.Yer lah kalau setiap hari sepanjang minggu bekerja sementara mereka-mereka yang masih belajar pulak asyik mengadap buku atau skrin laptop jer tentu la penat kan.Wajah akan nampak letih dan tidak berseri dan tentu sekali ianya akan menjejaskan penampilan .....Bagi meredakan kepenatan di wajah cuba amalkan tip-tip ini :-

1. Ambil semangkok air suam-suam kuku dan tepuk-tepukkan pada wajah secara perlahan.Setelah itu sapukan pelembab yang telah didinginkan dalam peti sejuk.Lakukan urutan ringan di sekitar wajah bagi melancarkan peredaran darah.Anda juga boleh menggunakan produk-produk yang mengandungi teh hijau dan madu untuk membantu menyegarkan,mendinginkan dan menegangkan kulit.


2. Gunakan bahagian cembung senduk yang telah disejukkan dalam peti sejuk dan lekapkan pada mata beberapa minit.Selain itu hirisan timun dan tea bag yang telah disejukkan juga boleh membantu menyegarkan
 bahagian mata yang letih atau penat.

3.Kepenatan juga akan menyebabkan kita rasa mengantuk.Untuk mengatasi masaalah ini , cuba basahkan tuala kecil dengan air batu,perahkan airnya dan lekapkan pada wajah.Selepas melakukan ini rasa mengantuk akan hilang dan anda akan kembali segar untuk melakukan pekerjaan anda.





11 comments:

Unknown said...

terbaekkk!!!

ceq slalu lau rasa pnt2 tdoq jaa.. haha

kiwi said...

sejak akhir2 ni kiwi selalu tak cukup tidur. jadi kat sekolah rasa cepat letih dan sakit kepala. ada tips terbaik? hihi

cik ain said...

Kiwi amalkan lah minum madu semasa sarapan.bancuh dalam air pun boleh.nanti kiwi akn rasa segar dan tidak mengantuk masa dalm kelas.

Itu Aku said...

kiwi ye..cam sedap je
selalu letih2
tq byk2

najwa's said...

tenga for sharing :) folo sini

Faizal Syukri said...

TQ utk tips berguna ni :D

NURUN said...

ADE STGH INFO SY PENAH BACE KT TMPT LAIN. ADE JGK YG BARU 1ST TIME DGR. TQ YA!

Najeera Yahya said...

wah , tips yg baguz ... kalau sya letih ..erh, saya mandi , berwudhu dan makan hahahaha...kasi energy ..hehehe.. ^_^

nanne_manja said...

kadangkala kurang minum air masak @ mineral boleh membuatkan badan cepat lesu..
saya sendiri,kalo krg minum air masak,sudahlar letih..kaki akan crammed pulak tu.....
kurangkan minum air berwarna-warni :D

cik ain said...

Terima kasih nub,kiwi,itu aku,najwa,peja,nurun,nulia dan nanne kerana sudi membaca entri cik ain nih.

--Sama-sama lah kita berkongsi petua supaya badan kita sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari...

Fariza Fauzi said...

lately ni mmg i rasa letihh..hmmm :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...