Wednesday, May 11, 2011

SELAMAT HARI IBU ..........

      Sana sini semuanya sebuk dengan sambutan hari ibu.Di akhbar di majalah ,tv maupun radio semuanya bercakap tentang hari ibu.Bagaimana caranya menghargai jasa ibu,mengenang segala susah payah dan jerit perih seorang ibu ketika mengandung,melahirkan dan  membesarkan anak-anak serta segala pengorbanan yang telah maupun sedang dilakukan oleh seorang ibu.
     Aku juga seorang ibu.Setiap tahun anak-anak akan membelikan hadiah untuk ku semenjak mereka di sekolah rendah lagi.Aku masih ingat lagi suatu malam setibanya anak ketiga ku di depan pintu terus aku memarahinya kerana pulang lewat dari tempat mengaji Quran.Aku marah kerana terlalu bimbangkan keselamatannya .Dan aku sendiri tertanya-tanya kenapa dia belum sampai di rumah sedangkan waktu mengaji telah lama selesai.
     Anak ku cuma tersenyum sambil mengucapkan Selamat Hari Ibu dan menghulurkan satu kotak yang berbalut kertas surat khabar.Aku terkedu tak terkata.Dia mencium tangan dan memeluk serta mencium kedua pipi ku.Dia mintak maaf kerana terlambat pulang.Rupa-rupanya dia lewat kerana mencari kotak untuk meletakkan hadiah yang di beli untuk ku.
     Airmata ku menitis terharu dan agak kesal kerana memarahi nya tanpa bertanya terlebih dahulu.Anak istimewa ku walaupun tak tahu menulis dan membaca namun tidak pernah lupa mmbelikan hadiah yang di bungkus cantik siap dengan kad ucapan.Dia selalu buat kejutan untuk ku.Bila ditanya katanya dia yang pilih hadiah dan memberitahu apa yang nak di ucapkan,kemudian kawan2nya akan tolong bungkus dan tuliskan di kad.Terasa begitu bahagia sekali kerana mereka berusaha menyimpan dan mengorbankan wang saku untuk ku.Sedang satu2nya anak perempuan ku awal2 lagi telah membuat sendiri kad hari ibu.Caranya lain sikit.Dia akan selitkan kad tu di celah-celah bajuku di dalam almari....

3 comments:

Muhammad Izuan said...

sedih pulak rasanya.

hmm, lama betul tak datang sini...

mamayung said...

yer la agaknya MB dah pun lupa pd blog mamayung ni huhuhu...

Yulia Fajrin said...

terharunya.. T.T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...