Wednesday, January 5, 2011

Adoii penatnyaaa....

     Tiba2 je mesin basuh tu buat hal.Sebelum ni pun penah rosak tapi lepas tu ok.Bayangkan setelah sekian lama membesar dengan mesin basuh tiba2 jer kena guna tulang empat kerat ni.Sakit pinggang ni tau.
     Kalau baju baby takper jugak ni kena cuci seluar jeans,tuala yang tebal2 tu.Tak larat nak perah pun.Bila dah kena macam ni baru ingat betapa teruknya orang dulu-dulu yang tak punya washing machine.Semuanya menggunakan tangan.Rasa macam nak patah jari-jari ni menyental pakaian.
     Dulu kami guna electrolux yang pintu depan tu , sekali pintu dia terbukak ketika sedang berpusing banjir bilik tidor kami.Macam air terjun keluar dari dalam mesin tu.Selepas tiada alat ganti terpaksa beli yang lain ,jenama sharp pulak.Sekarang ni masih duk fikir nak beli yang macam mana ekk..
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...