Sunday, January 2, 2011

Ok tak!!!?....

    Ok tak template yang baru ku tukar nih?...Bosan lah tengok yang lama tu.Mulanya ku cuba create sendiri dah jadi pun tapi tak boleh upload pulak.Betulnya aku yang tak tau nak buat camna.Akhirnya ambil pokok buluh ni.Sekali pandang serabut tapi biar jer lah.Nanti kalau ada yang lain aku tukar lagi he3... .
    Hari pertama tahun baru ni telah pun dikejutkan dengan berita sedih iaitu kepergian pelakon berbakat,Faizal Yusuf.Beliau telah dijemput Illahi dengan sabitan jantung tersumbat.Al Fatihah untuknya semoga ruh beliau dicucuri rahmat.,aminn... .Takziah kepada seluruh ahli keluarganya semoga tabah menghadapi dugaan ini.Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu tunangan nya adalah kematian.
    Sebagai peringatan untuk diri sendiri khasnya dan pembaca am nya ingatlah saat kematian itu akan tiba jua bila-bila masa dikehendakiNya samaada kita sedari ataupun tidak.Tidak kira waktu sakit atau sihat,muda atau tua bila tiba waktu nya tidak akan dilewatkan walau sesaat pun.Oleh itu sama-sama lah kita beramal,buat apa yang diperintah dan jauhi semua yang dilarang moga-moga kita akan termasuk kedalam gulungan orang-orang
beriman,Aminnn....
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...