Thursday, September 30, 2010

MENGIMBAU KENANGAN - puteraku istimewa

Siapa kah antara tetamu ruang ku ini yang punya anak istimewa?... .Sesungguhnya menjaga anak ini terlalu besar dugaan yang perlu di tempuh.Dan bukan sedikit jua kesabaran yang dipertahankan.Ketika mendapat tahu aku hamil lagi untuk kali kedua, suamiku amat gembira.Kami berangan kalau-kalau nanti anak perempuan pula kali ini.Anak lelaki sulung ku berusia 18 bulan waktu itu.
     Ketika kandungan ku masuk bulan ke 6,aku selalu letih dan mengah.Kadang aku terpaksa baring sekejap sambil menarik nafas.Masuk saje bulan ke 8,aku masih ingat lagi pagi itu ketika terjaga dari tidur tiba-tiba ada darah yang keluar.Kami ke hospital dan aku dimasukkan ke wad kerana didapati uri kandungan ku terletak di bawah tahap 4.Aku tidak dibenarkan banyak bergerak dan katil ku di letakkan berhampiran dengan meja nurse dan tandas.
     Hampir 2 minggu berlalu suatu petang aku berjalan perlahan ke tandas untuk membuang air kecil.Tiba2 ya Allah hampir pengsan aku,darah telah keluar dengan banyaknya, mencurah-curah tanpa henti hinggakan seluruh ruang bilik air itu di limpahi darah.Dengan nada yang lemah aku memanggil nurse tapi dia menyuruh aku cuba bangun sendiri mujur ada pesakit lain yang masuk dan membantu sebelum nurse itu datang dengan kerusi roda.
     Selepas diperiksa oleh doktor pakar ,aku terpaksa menjalani pembedahan malam itu juga demi menyelamatkan nyawa ku dan anak dalam kandungan.Tepat jam 10 malam aku ditolak ke dewan pembedahan.Dan sebaik saje aku sedar ,seorang doktor perempuan telah menunjukkan bayi ku.Dalam keadaan yang masih lemah aku cuba menyentuhnya tapi aku begitu terkejut dan tertanya-tanya betulkah itu anak ku?... .Kulitnya berkedut seribu langsung tidak berisi, matanya bulat dan besar.Aku terkedu namun aku hanya diam seribu bahasa.Tidak ada perkataan yang mampu aku keluarkan saat itu.Sehinggalah doktor memberitahu bayi ku tidak pandai menyusu sendiri dan terpaksa menggunakan tiub dan di bawah pengawasan mereka.


5 comments:

Bee said...

Salam. .sabar lah kak. .dugaan. .dulu mak sy pun ada jaga anak mcm ni,tp lg teruk la..semua anggota dia keras,kaki besilang tk leh gerak,mcm kayu. .tp dia kuat makan n ketawa. .ckp tk blh. .rindu plak kat dia,dia meninggal masa umur dia 23 thn, skrg kalau dia ada lg dah 28 la. .

Bee said...

Yg blh rindu sgt tu. . Bila balik dr sekolah, bg salam je. .dia dah ketawe bedekah2. .hehe bdk mcm ni lah buat kita tenang kak. Siyez,dowg punya hati yg bersih tkde dosa. .

ain said...

Betul tu kadang angin jgk bila dia bt hal tapi kalau dia takde rasa sunyi jer.keletah dia blh buat kita tersemyum dan ketawa kadang menangis pun ada he3... .skrg usianya dah 19 tahun.

amira zakiah said...

takpe....sekurang2nya kita bersyukur.bau syurga anak2 istimewa nie.mia ada cazen yg istimewa jugak.srkg umur dh 29.dlu dr ckp blh thn smpi 18 jer..tapi nie sme kuasa Tuhan.alhamdulillah tak pernah skt pun

ain said...

Alhamduluillah.... .mesti ada hikmahnya mereka dilahirkan sebagai istimewa.Allah itu maha mengetahui..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...