Sunday, January 13, 2013

BERGELAR WANITA.......

DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG BAYI PEREMPUAN KEMUDIANNYA MEMBESAR SEBAGAI GADIS REMAJA SETERUSNYA BERGELAR ISTERI , IBU DAN NENEK IA ADA LAH SATU PROSES PANJANG KEMATANGAN SEORANG PEREMPUAN.BANYAK FASA YANG TERPAKSA DI LALUI MEREKA DENGAN TABAH.SESUNGGUH NYA WANITA ITU KUAT WALAU PUN MEREKA LEMAH.

DI SAAT MELEWATI USIA YANG BERPERINGKAT ,MEREKA MENGALAMI BERBAGAI DUGAAN DAN KEJUTAN.PROSES ALAMI TUBUH BADAN DAN TAHAP KESIHATAN MEMERLUKAN PENJAGAAN YANG RAPI DEMI MENERUSKAN SEBUAH KEHIDUPAN YANG AMAN DAN BAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.

DI ZAMAN MODEN SEKARANG INI MASING2 TERLALU SIBUK DAN SERING MENGEJAR WAKTU.SEBAGAI ALTERNATIF SEIRING KEMAJUAN MAKANAN2 SEDIA PROSES MENJADI PILIHAN KEBANYAKKAN ORANG WALAU PUN BUKANNYA  SETIAP MASA MENJADI SANTAPAN.PENCEMARAN ADA DI MANA-MANA TERMASUK PENCEMARAN UDARA.PELBAGAI PENYAKIT JUGA BANYAK MENUNGGU MENCARI MANGSA UNTUK DI JADIKAN RUMAH TUMPANGAN.

OLEH ITU KITA KENA SELALU BERWASPADA.ORANG KATA MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.SEBAGAI WANITA LEBIH-LEBIH LAGI UNTUK YANG TELAH BERSUAMI DAN MENJADI IBU , KESIHATAN DALAMAN DAN KECANTIKAN LUARAN AMAT PERLU DI JAGA.MASAALAH SENGGUGUT,KEPUTIHAN ,KELETIHAN SERING MENGHANTUI WANITA YANG MANA MASAALAH INI SEMUA BIASANYA AKAN MENGGANGGU RUTIN HARIAN SEORANG WANITA TERUTAMA BAGI YANG TELAH BERSUAMI DAN BERANAK-PINAK.

KALAU DULU IBU2 ATAU NENEK KITA MENCARI DAN MENANAM POKOK-POKOK HERBA SERTA MENGAMALKAN JAMU,AIR REBUSAN AKAR KAYU DAN ULAM-ULAMAN DEMI MENJAMIN KEUTUHAN BADAN MEREKA ,KITA KINI TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH LAGI.SEMUANYA TELAH TERSEDIA.PELBAGAI JENAMA PRODUK DI KELUARKAN OLEH MEREKA-MEREKA YANG ARIF DALAM BIDANG PERUBATAN TRADITIONAL.TINGGAL LAGI KITA YANG PERLU MENCARI DAN MEMILIH MANA YANG TERBAIK DAN SESUAI ATAU SERASI DENGAN DIRI KITA.




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...