Monday, January 14, 2013

SEJARAH PRODUK BCMD......

BUNGA CINTA MEKAR DARA adalah trade mark yang didaftarkan sebagai ikon bagi satu syarikat perniagaan Bumiputera yang diberi nama Bunga Cinta Mekar Dara Enterprise bagi tujuan perniagaan mengkomersilkan produk kesihatan bagi wanita dan lelaki yang dirumus khas dari herba-herba asli yang terpilih.

BCMD mengkormesilkan produk yang dihasilkan daripada ramuan herba asli yang menjadi warisan turun termurun nenek moyang keluarga Melayu yang berasal dari sebuah kampung di Utara Semenanjung Malaysia. BCMD telah menjalankan operasi perniagaan ini sudah hampir memasuki usia 6 tahun kini. Pelbagai jenis penyakit dan masalah yang dialami oleh golongan wanita dan lelaki telah berjaya produk BCMD sembuhkan dengan izin Allah s.w.t.

Melihatkan kepada trand masa kini, ramai wanita moden mengalami perlbagai masalah kesihatan berhubung dengan penjagaan luaran dan dalaman badan, penyakit vaginal dan alat sulit, penyakit berkaitan hubungan kelamin, penyakit barah dan masalah kegemukan melampau dikalangan wanita mahupun lelaki di Malaysia disebabkan faktor pemakanan, jadual kerjaya yang tidak fleksibel dan kurang melakukan senaman dan aktiviti bersukan.

Maka BCMD mengambil langkah insiatif dalam mengetengahkan produk-produk yang diyakini mampu mengatasi masalah-masalah sedemikian dengan Izin Allah s.w.t dengan mengetengahkan khasiat utama herba asli iaitu BUAH MAHKOTA DEWA, BUAH DELIMA, BUAH MANGGIS, SIREH, SERAI WANGI, MANJAKANI, KACIP FATIMAH, LEMPOYANG dan 7 jenis Herba Rahsia BCMD yang dipercayai mampu mengatasi masalah tersebut.

Berikut adalah Fasa PERTAMA pengeluaran Produk BCMD melalui pasaran maya/online:-
- Mangosteen Aromatic Soap
- Stimulate Feminine Wash
- Pure Collogen + Vitamin C
- Jamu Mahkota Dara

BCMD juga menekankan kepada konsep berniaga sambil beramal, dimana setiap 1 % dari jumlah hasil jualan setiap bulan dari kumpulan stokis yang sah dilantik akan didermakan kepada rumah anak yatim yang telah dipilih meliputi seluruh Malaysia.

Dalam menjalankan perniagaan produk kesihatan sebegini, BCMD juga mengikut arus perkembangan semasa dimana perniagaan online telah menjadi trand masa kini. Dikesempatan ini, BCMD mengambil peluang yang ade dengan berusaha mengetengahkan produk-produk ini melalui Facebook/Blog/Page/Laman Web yang dibangunkan oleh barisan 7 stokis yang sah dilantik oleh pengurusan BCMD.

Namun demikian, BCMD juga tidak mengenepikan saluran pasaran produk ini secara OffLine yang sudah sekian lama syarikat BCMD laksanakan sebelum ini. Sebagai makluman, BCMD telah memasarkan produk-produk herba ini dikalangan pengguna dan pengamal perubatan herba asli yang menjalankan perniagaan Industri Kecil Sederhana/IKS untuk tujuan rawatan perubatan/perbidanan.

Sehubungan itu, BCMD juga mengalu-alukan peluang niaga kepada syarikat/kedai perubatan yang menjalankan bizz online untuk menyertai BCMD dalam usaha menambah pendapatan sambil beramal. Dimana para pengusaha Spa, Saloon Kecantikan, Toko / Kedai Jamu mahupon Farmasi boleh mendapatkan produk-produk keluaran BCMD untuk diniagakan.Ini kerana, Produk keluaran BCMD telah dilengkapi dengan pakej lengkap Kelulusan dari:-
- Kementerian Kesihatan Malaysia,
- Taraf Kilang Pengeluar berstatus GMP,
- Lulus Permohonan Taraf HALAL
- Lulus Permohonan untuk Pasaran Antarabangsa
- memiliki taraf pengeluaran produk berstatus 5 bintang

InsyaAllah dengan usaha yang telah BCMD lakukan untuk ketengahkan produk-produk ini secara laluan kedua iaitu pasaran maya/online dapat membantu dan menyelesaikan masalah yang merunsingkan serta membelenggu jiwa bagi setiap wanita mahupun insan bergelar lelaki seluruh Malaysia dengan Izin Allah s.w.t...InsyaAllah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...