Wednesday, August 25, 2010

MERTUA vs MENANTU

           Amat jarang kita mendengar menantu lelaki bermasaalah dengan ibu mertua.Kebiasaannya menantu perempuan la yang selalu bermasam muka dan cuak dengan ibu mertua dan begitu juga lah sebaliknya.Apa yang menantu buat ada saja yang tak berkenan di mata ibu mertua.Dalam banyak hal mertua lelaki lebih berkompromi tak kira dengan menantu lelaki atau menantu perempuan.Mereka bersikap lebih rasional tidak seperti ibu mertua terhadap menantu perempuan.Betul tak?..... .
           Yang aku nak ceritakan ni bukan masalah ibu mertua dengan menantu perempuan tapi dengan menantu lelaki.Hamba Allah ni mengadu tak tahan lagi dengan sikap ibu mertuanya yang selalu masuk campur dalam urusan rumah-tangganya.Nama pun suami isteri, sekali sekala tentu ada perselisihan faham kan sedangkan lidah lagikan tergigit........ .
           Asalnya hanya bergurau,entah bagaimana mereka mula bertikam lidah,yang menyakitkan hati hamba Allah ni,amat-amat la marahnya pada ibu mertuanya yang tiba-tiba membebel tak berhenti-henti  sambil memarahinya.Serangan bertubi-tubi ibu mertuanya telah membuatkan Hamba Allah ini hilang pertimbangan lalu mengajak isterinya balik kerumah mereka jika isterinya tidak mahu maka akan jatuh satu talak.Kan tengok lah akibatnya kalau mertua suka masuk campur hal anak-menantu.Menjadi mertua sepatut nya pandai nengatasi keadaan bukan memburukkan lagi keadaan sedia ada.

1 comment:

m!3yr4h_LolLy said...

2 la psl..
spttnye,mak mertua nie xpyh la nk msuk cmpur sgt kan..tgk,da jd bnda laen lak...aiyaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...