Tuesday, August 24, 2010

Sambungan Rindu Seorang Ayah

          Hai!..sebagaimana yang aku janjikan ,sekarang ingin aku sambung kembali cerita kisah Rindu Seorang Ayah semalam Ermm......Kini sudah tiada lagi kedamaian dan ketenteraman di hatinya.
          Malang sungguh nasib anak-anak yang belum begitu mengerti permasalahan orang tua mereka kala itu.Boleh dikatakan setiap hari ada saja yang tak kena.Kalau dulu rutin ayah mereka yang selalu keluar tak kira malam atau siang tidak menjadi kudis pada ibu mereka tapi sekarang tidak lagi.Kata-kata sindiran dan leteran si isteri yang baru mengenal erti cemburu dan sakit hati kerana ditipu selama ini sering memanaskan telinga lelaki tua itu.
          Suasana riuh gelak tawa anak-anak juga menjadi kemarahan nya apatah lagi kalau menangis.Isteri pertama memang sakit hati maklum semua tugas rumah dan anak tergalas di bahunya seorang.Kain di pakai jarang kering mana tidaknya semua kerja dilakukan tanpa ada bantuan alatan moden seperti sekarang ini.Bukan tak ada waktu itu cuma sang suami tidak mampu untuk menyediakannya.Saban hari dia terperuk di rumah malah dunianya hanya di rumah bersama anak-anak.Kerumah jiran pun tak pernah.Suaminya arif benar soal itu dia betul-betul kenal siapa isterinya lagipun wanita itu tidak punya sesiapa selain suaminya.Bukan tak ada adik beradik atau saudara mara tapi mereka tinggal jauh di daerah lain.Nak berhubung pun susah lain lah kalau ada talian telefon.
           Ketika di rumah isteri keduanya pula,orang tua itu selalu diajukan dengan pelbagai hal yang meragukan.Isteri mudanya itu selalu mengadu sakit-sakit badan  dan menuduh isteri pertama yang bomohkannya.Sedangkan orang tua itu yakin isteri pertamanya tidak mungkin melakukan perkara itu.Ke pasar yang tak berapa jauh dari rumah pun tak pernah bagaimana isterinya pertamanya itu hendak pergi mencari bomoh.Semua keperluan dapur ,rumah dan anak orangtua itu yang uruskan.Duit pun dia tak pernah pegang.
          Desakan bukan-bukan isteri muda membuatkan lelaki tua itu berfikir.Kebiasaanya pada waktu malam orang tua itu pulang tidur di rumah isteri pertama tetapi pada suatu malam dia ingin membuat kejutan pada isteri mudanya.Namun sebaliknya yang telah berlaku.Nak tau kenapa?...,setelah masuk kerumah secara senyap-senyap dia terus kebilik.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isteri mudanya tanpa seurat benang bersama seorang lelaki kononnya lelaki itu bomoh, datang untuk membuang sihir yang dihantar oleh isteri tuanya.Apalagi di saat dan ketika itu juga lafaz talak di lepaskan oleh lelaki tua itu.
           Maka terputus lah satu ikatan.Namun ianya tidak berhenti setakat itu sahaja.Lelaki tua itu bertegas tidak mahu rujuk kembali.Dia merasa begitu terpukul dengan perbuatan isteri mudanya itu.Mahkamah telah menetapkan gaji bulanan nya dipotong setiap bulan untuk satu-satunya anak lelakinya bersama bekas isteri.Waktu terus berlalu entah apa yang berlaku tiba-tiba lelaki tua itu telah mendapatkan hak untuk menjaga anak mereka.
            Namun tak lama,bekas isteri selalu menganggu dan mempersoalkan kebajikan anaknya.Suatu hari mereka telah bergaduh di tempat mnunggu bas (bus Stop ).Bekas isteri dengan sombong menyatakan anaknya tak cukup makan tinggal bersama lelaki tua itu.Biasanya daging sekilo anaknya makan sorang saje.duit belanja sekolah hari-hari tak kurang dari rm5.00.Sedangkan di rumah lelaki tua itu sekilo daging terpaksa berkongsi dengan ramai abang,kakak dan adik-adik.Belanja sekolah pun hanya .20sen sahaja.tapi untuk nya di berikan lebih sedikit.Akhirnya anak itu di kembalikan kepada bekas isterinya.Walaupun begitu lelaki tua itu tidak pernah mengabaikannya.dibandingkan dengan anak-anak yang lain.~~~nampaknya aku terpaksa berhenti dulu di sini.nanti sambung lagi ek....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...