Monday, August 23, 2010

Rindu Seorang Ayah

           Assalamualaikum pada semua yang sudi menjenguk ruangan ku yang tidak sepertinya ini.Sudah 13 hari kite semua menunaikan ibadat puasa dan tak lama lagi akan berkumandang lah lagu-lagu raya yng menceritakan pelbagai suasana umat Islam menyambut hari lebaran.Entah mengapa malam ini hati ku rasa tersentuh dan pilu menghambat diri.

           Telah lama ku pendamkan cerita benar ini dan tiba2 saje perasaan ku melonjak-lonjak untuk berkongsi rasa duka seorang insan yang bergelar ayah.Namun aku tidak mahu meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak yang berkenaan.Mungkin selepas membaca anda boleh membuat kesimpulan sendiri.Aku juga tidak mahu menceritakan nya secara detail cukuplah sekadar menghilangkan rasa yang terbuku di hati.

           Kisahnya begini biar aku ringkaskan saja ye.Lelaki tua ini dahulunya seorang pendidik.Telah beristeri dan mempunyai 6 orang cahayamata yang comel-comel belaka.Namun entah dimana silapnya ketika berulang-alik kerja beliau telah berkenalan seterusnya berkahwin dengan seorang janda yang telah pun beberapa kali berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertamanya.Hal ini berjalan dengan lancar tanpa dapat di hidu isteri tua kerana isteri tuanya tidak bekerja dan sibuk mengurus rumah-tangga dan juga anak-anak yang masih kecil.Kehidupannya hanya berkisar di dalam rumah sahaja.

           Tidak seperti isteri  muda lelaki itu yang selalu datang mengintip ketika waktu malam.(jiran-jiran yang bagi info tapi mereka juga tidak tahu siapa perempuan itu dan tujuannya).Masa  terus berjalan,lelaki tua itu selamat kerana isteri pertama tidak pernah menaruh syak lagi pun tiap malam suaminya balik tidur bersamanya.Sehinggalah mereka dikurniakan seorang anak lelaki.Ketika itu isteri pertama juga melahirkan seorang anak perempuan

           Rahsia yang tersimpan rapi selama ini mula terbongkar sedikit demi sedikit.Bukan orang lain sahabat lelaki itu juga yang berjaya buat wanita itu meragui kesetiaan suaminya.Beliau kasihan pada wanita itu yang sentiasa di tipu.Semenjak itu rumah-tangga yang dulunya aman mula berantakan.Apabila ini berlaku,mangsanya adalah anak-anak.pantang tersilap mereka akan menerima habuan dari lelaki itu.Walaupun Lelaki tua itu seorang yang bertanggung-jawab dan penyanyang tapi apabila tertekan dengan kerenah dua isteri yang merebutkan perhatian emosinya kalah.~~~ nanti aku sambung lagi yer.Sekarang ni ada hal lain yang perlu di dahulukan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...