Saturday, August 21, 2010

Nak Sambut Raya

2008 hari raya aidilfitri greeting Pictures, Images and PhotosAssalamualaikum semua.,
        Hari ni dah 11 hari kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.Suasana hari raya pun dah mula kelihatan di mana-mana.Kelmarin balik je dari sekolah ,anak perempuan ku mula bercerita tentang kawan-kawan nya sudah pun membeli baju raya.Faham-faham je la ha...ha...ha... .
        Tahun ni sama seperti tahun yang sudah-sudah,kami menyambut Aidilfitri penuh kesederhanaan.Takde lah nak tukar langsir atau perabut baru.janji masih boleh di pakai kami gunakan.Apa pun keperluan anak , aku dan suami tak pernah berkompromi.
         Kebiasaannya banyak jugak belanja yang di keluarkan untuk mereka,maklum kami berbelanja hanya sekali dalam setahun masa nak sambut raya ni lah.Lebih-lebih untuk satu-satunya anak perempuan kami.Semalam Nana,anak ku yang baru berusia 9 tahun sekarang beria-ia mengajak pergi ke TTC.Dekat je dengan rumah tapi aku ni jenis yang tak suka ke tempat-tempat yang ada ramai orang tapi dek desakan nya pergi la jugak.
          Masa tu dah hampir jam 9 malam.Kami berjalan kaki , dekat jer .... . Orang pun tak berapa ramai lagi hanya penjual dan barang-barang jualan mereka yang memenuhi ruangan.Mesti laa  kan...... .Semua ada hiasan wanita,pakaian,kasut dan hiasan rumah.Semuanya cantik-cantik dan menarik, mesti rambang mata nak memilih.... .tapi sapa-sapa yang baca ni jangan salah faham pulak aku dan anak-anak tak beli apa-apa pun cuma cuci mata je he...he...he... .Papanya belum bagi lampu hijau lagi.....
Cantiknyaaa!... .aku perhatikan setiap yang lalu kat sini pasti berenti membelek-belek kurung ni.
Yang ni pulak adik ipar ku,sebok melayan pelanggan.Dia ni ada kerja tetap yang bagus tapi minat
berniaga.Balik je kerja terus ke tapak niaganya....
Ni lah rupanya anak gadis sunti ku........
Sebelum balik ,abangnya sempat melayan kerenahnya ...... .tak beli baju beli air pun ok he...he...he..
























Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...