Friday, August 20, 2010

RAJA AZMI KENA TANGKAP

           Nampaknya tak habis-habis kontroversi dari penerbit filem,Raja Azmi Raja Sulaiman 51.Kelmarin beliau disabitkan dengan kes perceraian jaguh badminton negara,Roslin Hashim dan isteri,Nurhayati Othman 39.Hari ni di kejutkan pula dengan berita Raja Azmi di tangkap polis pada pukul 4.50 petang selepas membuat laporan polis berkenaan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan yang didakwa dihantar oleh Nurhayati ,isteri Roslin Hashim.
          Raja Azmi ditangkap selepas didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan satu kes pertikaian komersial dimana beliau didakwa terlibat dalam satu tuntutan kes jual beli tanah beberapa tahun lalu.
          Isteri kepada bekas pemain badminton negara ini tidak dibenarkan ikat jamin hingga terpaksa berbuka di dalam lokap kerana akan terus dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


Gambar menunjukkan Ibu Pejabat Polis Daerah  Ampang tempat Raja Azmi membuat laporan polis semalam.

sumber dari akhbar KOSMO 20.8.2010







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...