Thursday, August 19, 2010

KISAH ZINA DAN BUANG BAYI



          Boleh dikatakan setiap hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita menyayat hati ini.Remaja,janda malah isteri orang pun melakukan zina.Apabila hamil dan melahirkan maka jalan mudah menutup malu,mereka membuang bayi itu merata-rata macam buang sampah layaknya.Dimana kah perasaan mereka waktu itu sehingga tega membuang darah daging sendiri yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia.Tak adakah sekelumit rasa belas kasihan mereka  ketika menatap wajah bayi-bayi yang tidak berdosa itu.
          Naluri seorang ibu yang mengandung selama lebih 9 bulan,tentu ada rasa sayang.... .tapi bagaimana mereka tergamak membuangnya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.Bukan kah yang hendak di buang itu manusia, anak sendiri lagi.Tak kan mereka tak tahu risiko hubungan jenis itu adalah hamil... .Aku percaya semasa sedang hamil,mereka telah berusaha untuk membunuh benih yang sedang subur di rahim mereka tapi tanpa keizinanNya tentu sekali mereka gagal.
          Jangkawaktu hamil selama lebih 9 bulan itu bukanlah satu jangkamasa yang pendek di bandingkan masa sewaktu mereka melakukankan zina dulu.Tak boleh kah mereka berfikir dengan akal yang waras,mencari jalan bagaimana nak atasi masaalah besar yang sengaja mereka tempah itu.Bukankah banyak tempat-tempat yang disediakan kerajaan maupun orang-orang perseorangan yang boleh mereka tuju untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan.Sepatutnya ketika bayi masih dalam kandungan mereka berusaha untuk mencari jalan terbaik.Berani buat berani lah tanggung akibatnya.Kalau tak malu masa berzina dulu mengapa mesti malu untuk bercerita dan minta bantuan.Bukan kah itu jalan terbaik?.Jangan lah kita menambah dosa diatas dosa yang lain.
           Bagaimana kah nasib bayi-bayi terbuang yang berjaya ditemui dan telah diselamatkan itu nanti.Alangkah sedih dan kecewa nya andai satu saat dia tahu siapa dirinya yang sebenar.Tanpa mengetahui siapa ibu dan bapanya dan dari manakah asal-usulnya.Dan andai kata bayi itu membesar menjadi gadis dan teruna,bercinta dan berkahwin tanpa tahu sahsiah diri siapakah yang akan tanggung dosa sekiranya nanti yang dikahwininya itu adalah muhrimnya.Apa akan jadi pada keturunan mereka nanti.Dengan trend sekarang lelaki muda gemar pada wanita yang lebih berusia siapa tahu mereka akan jatuh cinta pada seorang wanita padahal wanita itu ibunya sedangkan mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain.Nauzubillahh.... .
            Aku terpanggil untuk mengutarakan isu ini dek kerana terlalu sedih dan kecewa dengan telatah remaja dan gadis-gadis sekarang.Mereka kelihatan bangga kalau dapat berkepit dengan teman lelaki.Dah dinihari pun masih di luar rumah.Lebih-lebih lagi yang berjauhan dengan keluarga.Kadang aku pun rasa pelik jugak,kenapalah ibu-bapa sekarang terlalu percaya pada anak mereka lebih2 anak perempuan.Tak boleh kah sekali-sekala buat kejutan berkunjung ke tempat tinggal anak mereka lebih2 lagi pada waktu malam.Ataupun pantau dari jauh untuk pastikan aktiviti anak-anak.Aku masih ingat kata-kata Abah ku."Sebagai orang tua kita mesti ada rasa 'cemburu' pada anak-anak andai kita sayangkan mereka terutama anak perempuan."Dan di sebabkan 'cemburu' Abah lah,aku dan adik-adik terselamat dari masaalah sosial yang melanda remaja masa itu.

 APA KAH YANG TERLINTAS DI FIKIRAN MEREKA-MEREKA YANG TELAH MEMBUANG BAYI-BAYI INI TAK KALA MELIHAT ATAU MENDENGAR PENEMUAN MAYAT-MAYAT YANG TIDAK BERDOSA INI DI DADA-DADA AKHBAR MAHU PUN DI KACA TELEVISYEN!??? ....

3 comments:

Ummiega said...

Hendaklah berhati-hati bila memiliki anak wanita lalu kuliah atau bekerja yang mengharuskan kost, hidup tanpa pantauan orang tua. Terima kasih atas sharingnya.

datin kelly ketak said...

rasa nak menangis tgk gambar2 mayat bayi tak berdosa tu....manusia mmg kejam!!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...