Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53

     Esok..tanggal 31hb.ogos 2010,seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke53Bermacam-macam dan berbagai-bagai acara telah di atur bagi menyambutnya walaupun secara sederhana.
      Tetapi merdeka kah kita dalam artikata yang sebenarnya?.... .Bagi ku TIDAK!.Rakyat Malaysia terutamanya Orang Melayu berugama Islam masih jauh dari merdeka.Mereka masih lagi di jajah dalam segala hal.Cara mereka berfikir dan menjalani kehidupan seharian masih lagi di belenggui idea dan pemikiran penjajah.Maka tidak hairan lah pabila setiap hari ada saja kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.
      Gadis-gadis Melayu di zaman ini berbangga menjalani kehidupan seperti orang-orang barat,bebas ke hulu dan ke hilir dengan yang bukan muhrim.Bersekedudukan tanpa berkahwin sehingga melahirkan anak juga sudah tidak apa-apa.Mereka bertudung tapi bukan bermaksud menutup aurat.Ianya sama seperti orang-orang barat,mereka juga bertudung bagi menutup rambut dari di tiup angin.
      Begitu juga kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dan pembela.Apa sudah jadi dengan pemuda-pemuda melayu?... .Dadah,arak ,pil kuda,perempuan dan banyak lagi perkara-perkara negatif yang dipraktik kan.Sebenarnya banyak lagi yang boleh di perkata cuma ini yang paling ketara sekarang .Aku percaya merdeka bererti kita punya sifat jati diri yang kuat.Tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang ada di sekeliling kita.Kalau diperhatikan perkembangan politik pun,orang melayu masih menjadi pengikut!?.... .SEDAR lah wahai anak bangsa ku,BANGUN lah dan MERDEKA kan diri mu..... .Kasihan lah pada generasi akan datang,betul melayu tak hilang di dunia namun jika kita tak berubah sikap tak mustahil kita akan kehilangan kuasa suatu hari nanti.Dan jika sampai ia berlaku alangkah malang nya........ .

2 comments:

Unknown said...

yang penting, kita tetap anak merdeka. jiwa merdeka, minda merdeka. mereka tu masih mencari erti kemerdekaan dlm diri mereka.

Seri Bahasa said...

semoga di hari kemerdekaan ini memberi keinsafan kepada muda-mudi akan erti sebenar kemerdekaan. kemerdekaan bukan bererti kebebasan mutlak. apabila kebebasan mutlak diambil kira sebagai erti kemerdekaan lambat laun akan musnah nilai-nilai murni bangsa melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...