Monday, September 20, 2010

KEISTIMEWAAN AEDES

Aedes, nyamuk ganas berbelang hitam dan putih pada kaki dan badan ini boleh membiak di dalam air bersih yang bertakung lebih dari 5 hari, dengan jumlah isipadunya 0.5 sentimeter dan telurnya boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya walaupun ia berada di tempat kering dan tidak berair.Di dalam tempoh itu sekiranya terkena air telur itu akan bertukar menjadi jentik-jentik,kemudiannya kepompong dan seterusnya sebagai nyamuk aedes yang dahagakan darah manusia.Ia membiak begitu cepat sekali walaupun banyak semburan kabus atau pogging dibuat oleh pihak berkuasa.

Cara mengawal,mencegah dan menghapuskan nyamuk aedes.

Untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes, kerjasama masyarakat amat diperlukan.Hanya keperihatinan penduduk setempat menjaga kebersihan persekitaran mereka sahaja yang boleh menghapuskan pembiakan nyamuk pembawa maut ini.Antara yang boleh dilakukan adalah:-

Tutup semua bekas air atau tukar air dan basuh kolah mandi seminggu sekali bagi mengelakkan nyamuk bertelur.

Sentiasa jaga dan bersihkan bekas dan alas pasu.

Bersihkan longkang rumah dari menjadi sarang tempat nyamuk bertelur.

Pastkan tayar lama, bekas kaca atau tin lama dibuang atau ditanam untuk mengelakkan pembiakan aedes.

Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam takungan air mengikut sukatan yang dibenarkan 3 bulan sekali.

Tray di bawah peti sejuk hendaklah di sentiasa dibuang airnya kerana tempat ini menjadi kegemaran nyamuk untuk bertelur.

Bagi nyamuk dewasa pula semburan racun serangga contohnya Ridsect disarankan di dalam rumah.Tutup pintu dan tingkap ketika senja bagi mengelakkan nyamuk masuk kerana di waktu ini lah aedes bergerak aktif.Jejaring nyamuk yng dipasang pada tingkap juga boleh membantu menghalang nyamuk dari masuk ke dalam rumah.

Selain yang di atas :-

Kelambu juga boleh diguna sewaktu tidur.
Pakai baju berlengan dan berseluar panjang.
Sentiasa tutup rapat pintu almari pakaian supaya tidak menjadi tempat nyamuk bersarang.
Losen anti-nyamuk juga boleh digunakan pada permukaan kulit yang tidak bertutup dan akhir sekali jagalah kebersihan di dalam dan luar rumah kerana TIADA AEDES TIADA DENGGI.


Bagi sesiapa yang demam kuat dan dibimbangi demam denggi cepat-cepatlah ke hospital dan perbanyakkan meminum air bagi mengelakkan dehidrasi.

1 comment:

Haw said...

fuyoo! keistimewaan tuu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...