Monday, September 20, 2010

DEMAM DENGGI

    Sebagaimana yang diketahui umum wabak demam denggi agak berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Termasuklah di kawasan kediaman ku.Dalam seminggu ni mereka yang tahu khasiat makanan tambahan Nufera yang terbukti dapat menstabilkan darah mula rajin menelefon ku untuk mendapatkannya.Boleh dikatakan setiap hari kawasan kediaman kami di sembur oleh orang dari jabatan kesihatan.Apakah puncanya demam denggi ini?.... .
    Puncanya ialah Nyamuk Aedes.Ukuran badannya lebih kurang 5 milimeter ,berbelang hitam dan putih pada kaki dan badannya dan dikatakan aktif menggigit pada awal pagi iaiatu dari jam 6 hingga 7 pagi dan senja dari jam 6 hingga 7 malam.Di waktu ini lah aedes aktif dan laparkan darah manusia.Ia hidup di kawasan domestik dan mampu menghasilkan beratus-ratus telur dan menghasilkan larva didalam takungan  air sekalipun air itu bersih dan sedikit.Kitaran hidupnya hanyalah seminggu namun nyamuk ganas ni mampu menggigit manusia berkali-kali sambil menyebarkan virus yang tiada penawarnya.Nyamuk aedes yang sangat kecil tetapi ganas ini boleh terbang antara 100 hingga 200 meter sahaja tapi dikatakan boleh menyebabkan kematian akibat penyakit berjangkit,demam denggi dan demam patah tulang.

Jenis-jenis demam denggi :-

Sesetengah pesakit tidak mengalami sebarang gejala.Bagi denggi klasik,pesakit akan mengalami demam kuat selama 4 hingga 7 hari dan diikuti dengan bintik2 merah di bawah kulit.Bagi demam denggi berdarah simpton awalnya sama seperti denggi klasik tapi diikuti pendarahan hidung , lipatan siku , mulut ,dubur ,muntah darah ataupun buang air besar berdarah.Dan untuk sindrom kejutan denggi pula , keadaan pesakit sama seperti denggi berdarah tapi ia kemudiannya disertai dengan kaki tangan menjadi sejuk ,bibir biru ,pucat,gelisah ,lesu ,mengantuk dan tidak bermaya.Degupan jantung juga kencang sekitar 150 kali seminit,nadi menjadi lemah,berpeluh dan tekanan darah begitu merosot.Jika tidak mendapat rawatan segera pesakit boleh meninggal dunia dalam masa 12 ke 24 jam kerana sistem saraf pusat gagal berfungsi,kerosakan hati dan buah pinggang.

Simpton Demam Denggi
Diserang demam kuat secara tiba-tiba dan berterusan.Suhu badan  melebihi 39Celcius.
Ruam merah timbul pada kulit badan.
Diserang sakit tulang,sengal2 otot dan sendi sehingga menyukarkan pergerakkan.
Sakit biji mata dan belakang mata.Mata juga menjadi merah seperti biji saga.
Sakit kepala melampau.
Muntah dan apa yang di makan keluar balik.
Hilang selera makan dan pendarahan dalaman pada badan,hidung dan mulut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...