Saturday, September 18, 2010

Masih Mood Raya

    Masih dalam mood raya lagi nih... .Kiranya hari ni dah tujuh hari Umat Islam meraikan Aidilfitri kan.Didalam kegembiraan bertemu sanak saudara dan didalam keriangan anak-anak yang bermacam gaya dan ragam , ke sana sini dengan pakaian serba baru mereka aku terkenang pada zaman kanak-kanak dulu.Kalau lah boleh di undurkan masa dan waktu ingin rasanya kembali ke saat itu.Bagaimana ibu dan ayah berusaha menggembirakan kami adik-beradik,menyediakan semua kelengkapan menyambut hari lebaran tanpa memperdulikan keperluan mereka sendiri.Melihat wajah ibu dan ayah yang sudah tua dan sudah tidak berdaya lagi kini buat hati ku sayu... .
    Bila bersendirian saja aku mula terfikir dan berfikir,redah hatiku seketika ...terasa perit,sedih malah ada rasa yang tak dapat nak aku gambarkan bagaimana namun perasaan itu begitu mengusik dan menusuk tangkai hati ku....aduhh....tak tertahan rasanya.Sesungguhnya aku teramat sayang pada kedua orang tua ku segala pengorbanan mereka tidak tertanggung oleh ku dan adik-adik.
Hampir seminggu aku bersama suami dan anak-anak beraya bersama mereka dan adik-adik yang lain,bila pulang ke rumah sendiri,rindu mula menyapa,entah mengapa aku seperti mahu berada disisi mereka sekarang ini...rasa enggan berpisah lama tapi apakan daya.Sebagai isteri dan ibu aku mesti mengikut suami pulang kerana aku juga punya tanggung-jawab pada keluarga tercinta.Aku berdoa semuga kesihatan ibu dan ayah bertambah baik setiap hari dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.........Amin!!!...

2 comments:

Hidayati Farhan said...

aminnn, semoga parents akk sihat2 saja :D

ADEEYA said...

Aminnnn! :,) rindu kat semua :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...