Wednesday, September 22, 2010

MENGIMBAU KENANGAN

Anakku yang pertama

    Pengalaman pertama mengandung dan melahirkan permata hati ternyata amat indah apabila di kenang.Sebagai anak pertama dalam keluarga,aku dilayan bak puteri.Ibu dan ayah ternyata amat teruja apatah lagi suami tersayang.Masih ku ingat, ketika suamiku masih berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja,perut ku sakit-sakit dan ada tanda akan melahirkan.Di sepanjang perjalanan ke hospital menaiki ambulan aku
menggenggam erat tangan abah.Aku memang rapat dengan abah berbanding ibu.Sehingga kan ketika di bilik bersalin hospital aku telah mohon supaya abah dibenarkan masuk apabila ditanya misi.Lucu nya bila di ingat kembali.Permintaan ku itu telah membuat jururawat dan doktor ketawa .He...he...he...,kata mereka mana ada orang mintak ayah temankan,kalau suami boleh lah..... .Tapi aku berdegil tidak mahu akhirnya salah seorang jururawat telah menjadi mangsa aku.Aku memegang tangannya dan merayu minta jangan ditinggalkan sendirian di dalam labour room.Akhirnya dia akur dan aku rasa sungguh terhutang budi kepadanya yang baik hati dan caring.

2 comments:

Haw said...

gambar lama nih? anak sulung? dah brp umur dia sekarang?.. beruntung akak.. anak dah besar dah..

banyak kenangan gambar2 nih!
tempayan tu pun mn ada lg zaman sekarang ni, kan!..

rara :) said...

comel ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...