Saturday, September 25, 2010

Hebatnya Remaja Sekarang !...

    Apalah nak jadi dengan remaja sekarang yer.Remaja lelaki dan remaja perempuan seakan berlumba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing bagi  merebut gelaran juara pencipta masaalah dalam keluarga dan masyarakat umumnya.Dulu-dulu kaum wanita sibuk berjuang bagi menuntut hak sama-rata dengan lelaki ,nampaknya sekarang dah berjaya benarlah, remaja perempuan sekarang berani keluar rumah mencari lelaki walhal dulu lelaki lah yang berusaha untuk mendekatkan diri dengan perempuan yang mereka minati.
     Perkembangan negatif ini sudah cukup membimbangkan aku maklumlah aku pun ada seorang anak perempuan.Dulu sewaktu aku dan adik2 perempuan ku meningkat remaja, ayah tak pernah membiarkan kami kemana-mana bersendirian.Kalau ayah tak hantar sendiri pasti ada adik lelaki yang temankan.Ayah ku bukanlah kolot sangat pun.Kami masih boleh bermini skirt atau pakai short dengan t-shirt cuma kami dilarang sama sekali bergurau dan bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki.Boleh berkawan dengan sesiapa saje tapi wajib jaga tata susila.Kalau nak berdating tak boleh di luar rumah.Biar teman lelaki yang datang ke rumah tapi mesti lah mereka ada ketika tu he...he...he.... .Berbual lah apa saje sambil melayan adik-adik yang memang setia menunggu... .
     Walaupun kawan-kawan ku bebas kesana sini tanpa di pantau keluarga,aku sedikit pun tidak merasa terkongkong kerana ayah ku dah jelaskan kenapa dan mengapa dia melarang kami.Alhamdulillah,sebagai anak sulung dari 12 beradik ,aku berbangga punya ayah yang begitu menitik beratkan keselamatan kami di dunia dan di akhirat.Sedangkan ada teman-teman ku terpaksa kahwin selepas ditangkap basah dan ada yang termengandung sama seperti remaja masa kini.Nauzubillah....

2 comments:

Cik Putri said...

mcm family sye lar..nak g mana2 boleh asalkan yg hantar dan ambik adalah ayah atau mama...dan balik sebelum maghrib!

cik ain said...

itula yg sebaiknya putri.ibu bapa yg sayangkan anak akan sentiasa mementingkan keselamatan dan kebajikan anak2 mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...