Thursday, October 28, 2010

Hikmah Sujud

    SUJUD adalah sinonim dengan umat Islam.Setiap kali mengerjakan solat kita akan bersujud secara fizikal dan secara spiritual iaitu yang berbentuk ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya.Kita juga digalakkan bersujud lebih lama kerana diwaktu inilah manusia dikatakan paling hampir dengan Allah SWT.Sujud juga boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ-organ ke tempat asalnya.
    Ketika sujud kita tetap bernafas seperti biasa kan.Yer la kalau tak bernafas alamatnya..... .Innalillah...

Antara kebaikan bernafas ketika sedang sujud adalah :-

- Dapat membetulkan kedudukkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh

- Melegakan sakit hernia

- Melegakan paru-paru dari ketegangan.

- Kedudukan bersujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- Meringankan bahagian pelvis

- Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud dimana pergerakkan ini akan menjadikan otot2 lebih kuat dan lebih elastik serta dapat melancarkan predaran darah keseluruh badan.

- Dari segi psikologi pula sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Esa,sekaligus mengikis sifat sombong ,riak, dan sebagainya manakala disegi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening dan migrain serta dapat menyegarkan otak dan  menajamkan fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang itu.


1 comment:

::Misz sunsWeetz:: said...

betul byk oowg x tau pasal kelebihan solat dan saintifiknya..byk penyakit dapat diatasi dengan solat malahan wuduk pun begitu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...