Thursday, October 14, 2010

Pabila Yang Sakit Itu Tua

     Malam ni suami ku pergi tahlil arwah ayah sahabatnya.Minggu lepas kami sempat menziarahi Allahyarham di hospital.Ketika kami tiba para doktor sedang bertungkus lumus berusaha menyelamatkannya.Tak dapat aku bayangkan peritnya apabila tiub kamera dimasukkan ke ususnya bagi mengesan penyakit.Aku dapat melihat melalui monitor bagaimana tiub tu bergerak mencari tempat2 yang dijangka bermasaalah.Tentu sekali doktor yang melakukannya, aku tak tau camna nak describe, yang aku nampak pakcik tua tu mengerang kesakitan padahal matanya terpejam.Tangannya bergerak untuk menghalang tapi apakan daya seorang doktor cuba menenangkannya sambil yang lain meneruskan operasi mereka.
    Melihat keadaan itu buat aku teringat kejadian yang hampir sama tahun lalu.Masih segar dalam ingatan seorang saudara yang sakit tenat dikerjakan oleh para doktor juga sehinggakan ketika nazak dan telah meninggal dunia pun doktor2 wanita itu masih terus menekan dadanya bergilir-gilir.Sebelum tu seorang doktor lelaki telah menasihatkan anaknya agar membaca Yasin.Aku sarankan padanya suruh doktor hentikan saja usaha mereka tapi dia taknak jadi aku dan ibu meneruskan membaca Yasin sambil memerhatikan dan kami sempat melihat pesakit membuka mata sekejap sebelum terpejam terus.Malangnya doktor2 itu masih jugak menekan dadanya bertubi2.
    Sungguh aku hairan takkan seorang doktor tidak dapat mengagak kondisi pesakit yang di rawat sedangkan bermacam alat dan wayar disambungkan.Orang kampung pun tau melihat tanda-tanda jika pesakit yang dijaga tak dapat bertahan lagi lain kata dah takde harapan untuk hidup.Aku rasa kesal sangat,rasanya kalau ada di kalangan ahli keluarga yang sakit sedangkan usianya telah lanjut lebih baik di bawa ke hospital untuk ambik ubat jer kemudian dirawat di rumah.Tak rela aku jikalau ibu bapa ku dibuat begitu.....
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...