Friday, November 26, 2010

KHABAR GEMBIRA

     Salam malam Sabtu untuk semua...dan tahniah buat adik cik ain kerana telah selamat menimang cahaya mata yang begitu didambakan sejak sekian lama.Bayangkan setelah berbelas tahun berumah tangga,dan setelah puas berusaha dan berikhtiar akhirnya Allah swt telah mengabulkan doa mereka suami isteri.
    
     Kesabaran dan kepasrahan terhadap yang maha Esa selama ini telah pun berjaya menutup mulut-mulut lancang yang menyakitkan telinga dan menghiris hati mereka terutama buat si isteri.

     Tak dapat digambarkan betapa ceria dan bersyukurnya mereka sehinggakan ketika berbual di telepon jelas suara si suami bergetar dan hilang kata-kata.Tahniah sekali lagi, jaga dan didiklah permata hati sebaiknya agar menjadi anak yang solehah yang dapat menyejukkan mata dan hati ibu dan ayah apabila dewasa nanti.....Amin.....

1 comment:

Fello Ariza said...

Alhamdulillah...

rezeki dr Allah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...