Wednesday, November 24, 2010

MENDERA ATAU DIDERA?....

     Siapa yang mahu menjadi seorang pendera dan ada ker sesiapa yang mahu dirinya didera??.Tentu tiada kan... namun itulah yang sering berlaku dan terjadi dewasa ini.Kita sering membaca,mendengar dan melihat kisah2 penderaan fizikal terhadap wanita dan kanak2 di dada2 akhbar mahupun di media elektronik.namun bagaimana pula dengan penderaan mental?.Ditumbuk,tampar,sepak terajang dan dipukul dengan sebarang objek kesannya boleh dilihat dengan mata kasar. samaada lebam,luka atau patah riuk tapi jika mental yang didera,hanya mangsa yang merasai betapa pedih dan terluka.Hancur luluh hati dan perasaan mereka bila disumpah seranah ,maki hamun dan dicaci- nista oleh orang yang mereka cinta dan sayang.

     Bayangkan pabila seorang suami mendera mentalnya sebegitu dan diwaktu yang lain mahu bermesra dengan isterinya apakah yang di rasai oleh isterinya di saat itu?...Kesedihan.... .Sudah pasti.walaupun suami memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi lagi dengan aksi paling romantik sekalipun luka di hati isteri takkan terubatkan.Airmata pilunya akan mengiringi ucapan maaf dipinta sang suami dan dia akan cuba menerima dengan harapan semuanya akan pulih dan suaminya akan berubah.

     Seorang isteri ataupun mana2 wanita, mereka amat kaya dan murah dengan sifat memaafkan lebih2 lagi kepada orang yang mereka sayang tapi untuk melupakan segalanya tidak sekali.Mereka hanya mengalah demi kebaikan apatah lagi kalau sudah mempunyai anak.Penderaan mental boleh membuatkan seseorang itu merasa rendah diri dan murung.Prestasi kehidupan harian juga akan menurun.Bagi yang lemah dan keseorangan mereka akan menjadi pendiam.Dalam kepala hanya ada ketakutan dan malu pada semua orang.Mereka akan mengasingkan diri kerana merasa jiran-jiran di sekeliling membicarakan hal dirinya.tetapi ada juga isteri-isteri atau wanita yang punya sifat memberontak dalam diri mereka.Mereka ini akan selalu menangis sedih bila diperlakukan tidak wajar oleh orang tersayang namun suatu saat apabila mereka tidak tahan lagi ,kesabaran mereka akan hilang dan mereka akan melawan balik.Hati dan perasan mereka menjadi keras dan mereka tidak peduli lagi apa nak jadi jadilah kalau dah itu suratan Nya.

    Cik ain ada terima email dari kelab bersamasuzana yang menyatakan ada ramai wanita yang telah dapat menghidu sifat pendera pada teman lelaki atau tunang mereka namun dek kerana kasih cinta dan sayang mereka membutakan mata dan memekakkan telinga yang akhirnya memakan diri mereka setelah berkahwin. Dinyatakan juga 16 sifat pendera yang ada pada lelaki.Apa yer jom baca untuk jadi panduan ...Kalau ada sifat2 ni pada teman lelaki anda semua tepuk dada yer....  

1 - Extra romantis

2 – Terburu-buru dalam hubungan


3 – Asyik berbicara tentang diri sendiri
 
4 – Ambil berat yang berlebih-lebihan 

5 – Cemburu buta
 

6 – Mengawal atau mengongkong 

7 – Terlalu emosi
 

8 – Sering merendah-rendahkan
 
9 – Tidak boleh dibantah atau dibangkang 

10 – Tidak sukar memohon maaf

11 – Sentiasa menyalahkan
 
12 – Suka memberi hadiah 

13 – Hubungan kekeluargaan tidak rapat

14 – Mempunyai sejarah yang disembunyikan
 
15 – Seperti ada udang di sebalik mee

16 – Memberi peringatan seperti ancaman

 

2 comments:

Fello Ariza said...

wahhh..

sifat2 tuh bhye gak ea..

huhu

Yaya Azura said...

tp kebanyakannya walaupun dah tau ttp tutup sebelah mata..lepas kahwin baru nak menyesal..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...