Monday, December 20, 2010

Kami dah pulang.....

Assalamualaikum wrh... .
    Setelah hampir 3 minggu di Kuantan akhirnya jam 3pagi kemarin aku dan keluarga tiba di rumah.Lega rasanya bila berada di rumah sendiri.Mula-mula pijak kaki ,terasa licin jer lantai.Lelah juga dinihari tu ,kerana terpaksa membersihkan habuk-habuk yang entah dari mana datangnya.Apalagi ,pagi tu kami tertidur dengan lenanya dek mengantuk dan kepenatan.........
    Namun aku puas ,selama di sana aku dapat bersama-sama  kedua ibu dan ayah yang sudah uzur.Aku gembira melihat senyuman yang terukir di bibir mereka.Apalagi adik-adik ku yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk pulang berkumpul di musim cuti sekolah ni.Walaupun dah berumur tapi bila bersama begini terasa macam masih kecik pulak,mungkin kerana ibu dan ayah tidak menganggap kami ini sudah terlalu dewasa untuk di manjakan lagi hingga kami terlupa yang kami ini sudah punya suami dan anak-anak.
    Kasih-sayang mereka yang tidak bertepi ini lah yang membuatkan kami terasa berat hati untuk meninggalkan mereka.Segala kata nasihat dan gurau senda terbayang-bayang di ruang mata dan aku selalu rindukan mereka.Kalau boleh aku ingin selalu berdekatan dengan mereka...........

Adik lelaki ku sedang mesin rumput di belakang rumah

Kedua adik ku bergurau sambil melakukan kerja-kerja pembersihan
  
Anak ku pun tak nak lepaskan peluang.Inilah kali pertama dia rasa pengalaman macam nih.....

7 comments:

hans said...

alhamdulillah
janji gembira kan

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

Unknown said...

singgah sinie dan follow
nice blog!

Cik Yana said...

Bestnyer buat keje same-same dengan family :)

azi nur said...

hye salam ziarah~jum ke blog :)

WanitaMustanir said...

jemputlah baca entri baru,
MESTI Baca: Hakikat Undang-undang Syariah Malaysia di shirashafrida.blogspot.com

izzatiRosli said...

sdap ayat-ayat kat sini. mcm baca cerpen pun ada jugak. hehe

cik ain said...

yer ker.terima kasih Izz.cik ain cuma mau jd diri sendiri... .kalau ada yg suka membaca tulisan cik ain Alhamdulillah.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...