Thursday, December 9, 2010

SUKA NYA DAPAT BERKUMPUL

      Sudah hampir 2 minggu kami sekeluarga berkampung di Kuantan.Pada mulanya aku hanya mengikut suami yang ada urusan di sana.Pada perkiraan kami cukuplah  2 hari boleh lah ziarah orang tua dan adik-adik,Tapi itulah kitakan hanya boleh merancang ,tanpa disangka suami ku terpaksa ke Johor jadi tinggal lah aku dan anak-anak. Sekarang ni kan cuti sekolah ,jadi tak perlu nak risau apa-apa kecuali aku yang terpaksa memberi  alasan pada pelanggan tetap perniagaan ku.Apa boleh buat tapi terasa jugak ruginya.
      Yang paling gembira pasti lah anak-anak.Berkumpul bersama pupu-pupu yang sebaya sungguh menceriakan mereka,Kalau selama ini asyik memandang dinding simen dan tempat letak kereta jer kini bukan main lagi rajin menolong mak dan bapak saudara membersih laman rumah.Maklum di rumah sendiri nak tengok pasir pun susah.Aku senang melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.Kedua ibu dan abah ku juga ceria.Esok adik ku yang bermastautin di Seremban pulak akan tiba ...Insyaallah........Akan bertambah meriah dan riuhlah nantinya...................
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...