Wednesday, February 9, 2011

Nasib si ibu tua

                        foto dari pakcik google

                               
     Salam...dah agak lama tak update blog ni.Bukannya apapun cuma agak sibuk dengan hal-hal lain.Nak kata tak ada cerita yang nak dibuat entri pun tak jugak.Semenjak cuti tahun baru cina beberapa hari lepas,banyak aktiviti yang dilakukan tapi entah kenapa aku tak ada hati pulak nak share kat blog ni.O yer ada satu yang patut di jadikan renungan bersama.... .Aku citerkan ni pun bersebab... yer la setelah melihat sendiri apa yang berlaku ,aku jadi terfikir andainya suatu saat nanti aku jugak menerima nasib yang sama dengan ibu tua itu.

    Kisahnya begini... .Ada seorang ibu tua berbangsa Cina.Beliau mempunyai empat anak lelaki yang telah dewasa.Anak pertama,bekas penagih dadah dan belum berumah tangga lagi.Sewaktu mudanya dia merantau bertahun-tahun.Dan sekarang tinggal bersama ibu tua itu.Dah beberapa kali dia dimasuk kan ke lokap kerana dadah dan ibu itu tak jemu-jemu menjamin kerana hanya dialah peneman ibu itu di rumah kala dia bersendirian atau sakit demam di malam hari.

    Anak kedua telah berumah tangga dan jarang-jarang pulang menjenguk ibunya lantaran kesibukan mencari rezeki untuk keluarga.Semenjak di sekolah rendah lagi anak kedua ini berdikari dan jarang tidur di rumah lantaran beliau merasa tersisih dan tidak disayangi .

    Anak ketiga pula kadang-kadang jer balik.itupun hanya sekejap sekadar menghantar keperluan ibu itu saja.yang ini pun masih bujang lagi.Dan yang bongsu,anak yang paling berjaya,punya anak dan isteri yang cantik bak bintang filem juga begitu.Tapi yang ini ada excuse sebab selalu terbang ke luar negara atas tuntutan kerja di pelantar minyak.

    Cuma aku ralat walaupun gajinya berpuluh ribu namun pada penglihatan ku dia telah mengabaikan ibunya.Sepatutnya dia menyediakan segala kemudahan untuk ibu dan abangnya yang hanya bekerja kampung itu.Apa yang menyedihkan aku, kalau di tahun lepas ibu tua itu termenung sendirian di depan pintu rumahnya menunggu kelibat anak-anak pulang di malam tahun baru,rupa-rupanya tahun baru yang baru lalu juga begitu.Sungguh kesian aku melihatnya...

    Aku selalu jugak berbual dengan anak-anak pasal ibu tua itu dan aku berdoa dan berharap agar suatu hari nanti anak-anak tidak akan melupakan aku dan ayahnya bila kami telah tidak berdaya lagi.....amin!...

3 comments:

[ibuLUNAZALEA] said...

salam, balas kunjungan.

oh.kasihan ibu tua itu..semoga kita takkan jadi sebegitu!

ibuLuna jual baju baby & kid

Itu Aku said...

sedihkan cite camtu
mak selalu cakap
seorng ibu, walau susah mcmne
d leh jg 10 org anak
tp 10 org anak belom tntu leh jaga seorang ibu,,,
renung-renung dan selamat berfikir...
layannnn

cik ain said...

Memang sedih ibu Luna.Sayuu sgt wajah dia tp dia tabah.

Mmg bti IA sorg ibu ttp cekal memelihara anak2 tak kira perit mana sekalipun.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...