Sunday, January 30, 2011

Lelaki yang salah atau wanita yang bodoh???....

SETIAP HARI DIBELASAH...ini lah tajuk berita yang aku baca di MyMetro hari ini.Terasa cuak marah pun ada.

     Apa punya bodoh lah perempuan ni... Kenapa aku kata dia bodoh?. Ada ker patut di hari pertama berjumpa bakal suami tercinta dia telah dipukul agak teruk dan di tinggalkan di stesen bas malah di suruh tidur di surau tapi dia masih jugak tak faham dan masih menunggu dan esoknya masih mencari jantan tak guna tu.Hingga akhirnya dapat merasa siksa neraka dunia.Salah siapa?... .

     Tolong la wahai kaum perempuan,tolong fikir,guna otak dan akal yang diberikan Allah swt dengan sebaiknya.Jangan kerana cinta dan sayang kita terus buta hati dan buta mata.Takda maknanya kasih yang diberi kalau sepak terajang balasannya.
 
     Kalau sudah sah sebagai isteri,punya anak-anak mungkin kita boleh berikhtiar,berusaha supaya suami berubah laku,memberi mereka peluang untuk kali kedua.Kalau sekadar baru berkasih atau bertunang baik lupakan saja.

     Bagi aku lelaki adalah pelindung dan payung tempat berteduh.Kalau mereka sayangkan kita mereka akan jaga dan sentiasa bimbang tentang keselamatan diri kita bila kita bersendirian di mana-mana,bukannya meninggalkan kita di tempat awam terkontang-kanting.... .Lagi pun orang lelaki ni sekali dia meletakkan tangannya di badan kita,dia akan terus melakukannya,mereka takkan rasa malu dan belas kasihan lagi pada kita
.
    Sebab itulah sebelum berkahwin dulu cik ain dah letakkan syarat pada bakal suami,kalau dia berani naik tangan walaupun sekali itu sudah cukup dan cik ain takkan teragak-agak meninggalkannya walaupun hati masih sayang sebabnya bagi cik ain kalau dia berani naik tangan lain kali pasti kakinya juga akan main peranan.Anda bagaimana..........
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...