Sunday, January 30, 2011

Lelaki yang salah atau wanita yang bodoh???....

SETIAP HARI DIBELASAH...ini lah tajuk berita yang aku baca di MyMetro hari ini.Terasa cuak marah pun ada.

     Apa punya bodoh lah perempuan ni... Kenapa aku kata dia bodoh?. Ada ker patut di hari pertama berjumpa bakal suami tercinta dia telah dipukul agak teruk dan di tinggalkan di stesen bas malah di suruh tidur di surau tapi dia masih jugak tak faham dan masih menunggu dan esoknya masih mencari jantan tak guna tu.Hingga akhirnya dapat merasa siksa neraka dunia.Salah siapa?... .

     Tolong la wahai kaum perempuan,tolong fikir,guna otak dan akal yang diberikan Allah swt dengan sebaiknya.Jangan kerana cinta dan sayang kita terus buta hati dan buta mata.Takda maknanya kasih yang diberi kalau sepak terajang balasannya.
 
     Kalau sudah sah sebagai isteri,punya anak-anak mungkin kita boleh berikhtiar,berusaha supaya suami berubah laku,memberi mereka peluang untuk kali kedua.Kalau sekadar baru berkasih atau bertunang baik lupakan saja.

     Bagi aku lelaki adalah pelindung dan payung tempat berteduh.Kalau mereka sayangkan kita mereka akan jaga dan sentiasa bimbang tentang keselamatan diri kita bila kita bersendirian di mana-mana,bukannya meninggalkan kita di tempat awam terkontang-kanting.... .Lagi pun orang lelaki ni sekali dia meletakkan tangannya di badan kita,dia akan terus melakukannya,mereka takkan rasa malu dan belas kasihan lagi pada kita
.
    Sebab itulah sebelum berkahwin dulu cik ain dah letakkan syarat pada bakal suami,kalau dia berani naik tangan walaupun sekali itu sudah cukup dan cik ain takkan teragak-agak meninggalkannya walaupun hati masih sayang sebabnya bagi cik ain kalau dia berani naik tangan lain kali pasti kakinya juga akan main peranan.Anda bagaimana..........

10 comments:

Bee said...

itu lah tak mo penting kan diri sendiri ...

admin said...

bagi sy dua2 bodoh ..
si wanita ini juga bodoh dan si lelaki ini juga bodoh ..

si wanita : bodoh kerana menyintai lelaki dayus , kadang2 bergantung kepada faktor . andai wanita itu curang dan sebagainya yang salah yang teruk . wanita ini pula bodoh kerana sanggup memaafkan kesilapan lelaki dayus itu ,sy bercakap mengenai pengalaman , bukan pengalaman pukul perempuan , tapi pengalaman melihat ..

Si lelaki : bodoh kerana dayus dan memukul insan yang lemah , wal hal andai dia bersalah sekalipun , sekadar dimaafkan atau ditinggalkan , itu sudah membuatkan dia luka , luka hati . Tapi lagi baik , daripada luka fizikal , kesian kaum hawa , ditindis sebegini ..

ikuti cerita ni , saya akan buatkan entry mengenai topik ni .. kenangan lama dah berulang ..

.. said...

subahanaAllah jadi mcm tu gamaknya. will buat entry pasal ni..sgt tak suka bila seorang perempuan di pukul. seorg perempuan bagaikan seorang ibu.

cik ain said...

yup perempuan bagaikan seorg ibu.Lelaki dan perempuan saling memerlukan.namun lelaki dikandung dan dilahirkan oleh seorang perempuan.sewaktu kecil d susui dijaga dan dibelai oleh perempuan dan setelah dewasa malah selagi umur masih ada lelaki masih juga memerlukan perempuan.fikirkan lah..

nunui Joe said...

btul tuh!
sayang biar bertempat! :D

pipoq said...

walaupun masa muda remaja dulu sy ni agak ganas dan gangster, tapi bila dah dewasa ni nak cubit orang pun tak sanggup..

apa lagi nak letak tangan pada isteri dan anak..marah camne pun sy pilih diam dan bersabar je..tak sanggup eh nak pukui2 orang yang kita sayang..

iem said...

dua2 bodoh!

Yaya Azura said...

alahai dunia...macam2 masalah ada...

pzy.krol said...

sabar je la..da takdir..huuee~

Azah Rahaman said...

iskk, kejam kottt, dedua ja yang salah, tak boleh nak salahkan sblh pihak ja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...